(Takziah) Salih Yaacob Sah Bercerai Dengan Isteri Kedua

(Takziah) Salih Yaacob Sah Bercerai Dengan Isteri Kedua


Pelawak, deejay radio dan pelakon popular Salih Yaacob kini akui telah bercerai dengan isteri keduanya Nor Raha Hamad pada Aidilfitri tahun lalu.

Bagi Salih Yaacob, dia menganggap ianya ketentuan Illahi dan redha dengan perpisahan tersebut.


Mereka berdua mempunyai sedikit pergolakan rumah tangga bermula sebelum penggambaran rakaman program Romantika yang dibuat di Melaka pada 2014.

Masalahnya bermula apabila isteri kedua Salih itu menghadiri majlis perjumpaan semula (reunion) dengan rakan sekolahnya.

Salih tidak menafikan perpisahan mereka berdua berpunca daripada orang ketiga. Menurut Salih, selepas habis edah, bekas isterinya bernikah dengan lelaki lain.


Ini komennya:

“Sebagai suami dan ketua rumah tangga saya sudah berusaha memperbaiki keadaan. Saya memujuk dan mengingatkannya yang anak sudah besar dan dia sepatutnya menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka.

“Namun dia tetap mendesak saya untuk menceraikannya dengan menggunakan alasan saya tidak berlaku adil terhadapnya,” 

“Saya sudah menasihatinya, tetapi dia enggan terima dan terus mendesak saya melepaskannya. Lebih baik saya turutkan saja kemahuannya daripada keadaan menjadi semakin buruk.

“Kalau hatinya sudah tertutup untuk saya, tidak perlulah dipaksa-paksa lagi. Apabila perkara ini terjadi, saya anggap hanya setakat itu jodoh kami. Tidak perlulah terus menyalahkan antara satu sama lain. Saya harap dia bahagia dengan jalan baru yang dipilihnya dan apa yang penting anak-anak dapat menerima apa yang berlaku,” 

Salih dan bekas isterinya itu menjalani kehidupan berumah tangga selama 23 tahun. Mereka dikurniakan lima anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu.

Tiga lagi isterinya iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya.

Daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 anak.

1 comments: