"Cari Duta Menutup Aurat, Tak Mulut Jahat, Hipokrit Tak Dilayan"


"Cari Duta Menutup Aurat, Tak Mulut Jahat, Hipokrit Tak Dilayan"


Pelakon yang popular menerusi Teman lelaki Upahan iaitu Siti Elizad telah dibatalkan kontraknya sebagai sebagai duta produk pelansingan dan kecantikan Qyra Beauty Care.

Antara beberapa sebab termasuklah tiada persefahaman antara dia dengan pemilik produk tersebut. Untuk pengetahuan, dia dilantik sebagai duta bermula Ogos tahun lalu.

Elizad berkata, pengasas produk itu tidak memahami kerjaya artis dan menyekat beberapa peluangnya untuk mendapatkan pendapatan iklan produk lain di Instagram milik dia.


Elizad ada cuba berbincang secara baik dengan pemilik produk tersebut, namun ternyata gagal.


Ini komennya:

"Pihak Qyra Beauty sudah menghantar surat peguam yang membatalkan kontrak saya sebagai duta produk baru-baru ini atas sebab yang tidak sepatutnya.

"Mereka melarang saya untuk mempromosi produk lain yang bukan pun pesaing produk tersebut seperti minyak wangi dan produk anti penuaan, sedangkan saya hanya dilantik menjadi duta untuk produk pemutih dan kopi langsing sahaja,"

"Sebelum saya saya buat promosi 'IG preview'  saya tanya dulu pihak mereka, hampir kebanyakkan produk yang hendak saya iklankan tidak dibenarkan. Saya rasa mereka menyekat banyak perkara dalam kerjaya saya.

"Saya ada minta perkara ini dibawa berbincang dan apa yang tidak seharusnya saya buat, namun mereka cuba mengelak tidak mahu berjumpa, sehinggakan perkara ini memburukkan nama saya,".

"Saya takut sangat ada musuh dan akhirnya ada juga perkara begini terjadi. Saya tidak mahu panjangkannya hingga ke mahkamah kerana bayaran yang diberikan bukannya terlalu tinggi kerana tidak berbaloi kalau saya bawa ia ke mahkamah.

"Cuma saya harap peminat-peminat saya tidak membeli produk tersebut kerana saya," 


Tambah Elizad, dia tidak mahu mengambil tindakan dan memanjangkan perkara yang tidak membawakan sebarang faedah terhadap kerjayanya.

Katanya, biarlah perkara tersebut menjadi pengajaran berguna buatnya supaya lebih berhati-hati sebelum menerima tawaran sebagai duta produk pada masa depan.

Sementara itu, pihak Qyra Beauty juga ada mengiklankan untuk mencari duta baru tetapi dengan ayat-ayat sinis seperti ini "Cari Duta Menutup Aurat, Tak Mulut Jahat, Hipokrit Tak Dilayan".


0 comments:

Post a Comment