Kek Anak Che Ta: Fazley Yaakob Bongkar Insiden Tak Diingini Berlaku


Kek Anak Che Ta: Fazley Yaakob Bongkar Insiden Tak Diingini Berlaku


Dalam satu rancangan realiti TV baru berjudul "Semanis Fondant", Chef Selebriti, Fazley Yaakob telah membongkar insiden yang berlaku ketika menyiapkan kek hari jadi anak kedua aktres, Rozita Che Wan.

"Semanis Fondant" merupakan program realiti yang menampilkan penglibatan Fazley sebagai Ketua Bakeri dan Pastri di kedai bakeri dan pastri milik Chef Adu Amran.

Episod pertama program itu, penonton akan melihat bagaimana Fazley bersama empat lagi yang lain iaitu Chef Abang Brian, Chef Sherry, Chef Imelda dan Chef Razif dalam menyiapkan tempahan kek daripada Che Ta buat majlis hari jadi anaknya Aniq Ezra.

Fazley berkata pelbagai cabaran dan insiden yang tidak diingini berlaku ketika menyiapkan kek tersebut sehingga mereka melalui masa-masa yang agak sukar.

Ini komennya:

"Tempahan yang kami terima ini agak unik iaitu Che Ta mahukan kek berbentuk sebuah sport car keluar dari atas jalan raya.

"Kami hanya diberi masa kurang 24 jam untuk memikirkan serta menyiapkan kek tersebut termasuk fondant dan hiasan.

"Dalam rancangan ini saya pasti penonton juga akan berdebar melihat bagaimana kek yang hampir siap itu terpaksa dibuang dan perlu dibuat semula sebelum majlis bermula tinggal beberapa jam sahaja lagi.

"Banyak lagi insiden yang panik berlaku termasuk ketika kami bawa kek itu ke lokasi majlis itu diadakan. Tapi semuanya penonton harus lihat sendiri nanti kerana apa yang kami hadapi adalah realiti yang dilalui setiap baker di dunia," 

Rancangan seisi keluarga terutama peminat kek ini akan mula disiarkan hari ini iaitu setiap hari Isnin jam 9.30 malam eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sumber: Murai

0 comments:

Post a Comment