Setelah Lama Berdiam Diri, Akhirnya Syura Balas Kenyataan Bekas Suami


Setelah Lama Berdiam Diri, Akhirnya Syura Balas Kenyataan Bekas Suami


Sebelum ini, bekas suami Syura telah tampil membuat kentayaan bahawa mereka bercerai buat kali kedua kerana perubahan dari sikap Syura yang inginkan perpisahan.

Syura yang juga merupakan juara Masterchef Selebriti dikatakan berubah setelah namanya kembali naik setelah menyertai Masterchef.

Bekas suami Syura itu juga akui masih sayangkan Syura namun tetap gagal menyelamatkan rumahtangga kerana sikap Syura yang berubah.

Kali ini, Syura pula tampil untuk memberi sedikit penjelasan. Ternyata jawapan Syura amat lain dan dia menjaga aib serta cerita keburukkan rumahtangga yang berlaku sebelum ini.

Syura juga meluahkan perasaan kecewa dengan bekas suaminya itu kerana membuka aib keluarga.

Ini interview penuh antara Syura dengan wartawan UTUSAN:

HITS: Syura dikatakan lupa diri selepas jadi juara, sebenarnya apa yang berlaku ni?

Syura: Sudah agak lama sebenarnya kami hidup berasingan, tetapi disebabkan masih berstatus suami dan isteri, saya diamkan sahaja tanpa memberi sebarang komen walaupun ramai telah menyedari perpisahan kami. Puncanya biar kami sahajalah yang mengetahuinya, tidak perlulah dihebahkan untuk pengetahuan umum kerana banyak aib wajib dijaga.

Macam mana pula dakwaan bekas suami mengatakan perangai Syura berubah selepas memenangi MasterChef Selebriti?

Itulah, saya nak ‘berterima kasih’ sangat-sangat kepada bekas suami kerana mula membuka aib rumah tangga sendiri. Saya diam bukan untuk mengiyakan atau menafikan tetapi tidak mahu memalukan mana-mana pihak. Apatah lagi keluarga bekas suami adalah saudara saya sendiri kerana Fadhly merupakan sepupu rapat. Kalau saya mula bercerita, bukan sahaja dia, tetapi seluruh keluarga kami akan terasa kesannya. Biarlah saya pendam sahaja demi menjaga kebaikan semua.

Syura masih tidak menjawab benar atau tidak dakwaan Fadhly itu. Kenapa?

Hakikatnya, hanya bekas suami sendiri yang boleh menjawab atau beri penjelasan terhadap tuduhan itu. Saya masih sama seperti dahulu dan orang yang rapat dengan saya mengetahuinya. Kalau saya menjawab tuduhan itu sama ada ya atau tidak, rasanya tak mampu untuk merubah apa-apa keadaan sekalipun. Pendek cerita, ia adalah tentang persefahaman yang tidak lagi boleh seiringan. Penyelesaiannya adalah menerusi perceraian.

Apakah Syura langsung tidak ada keinginan untuk kembali semula kepada dia?

Bukan sekali, tetapi dua kali berlakunya perpisahan antara kami. Jelas di situ memang sukar untuk kami kembali bersama. Saya pun sudah terbiasa dengan keadaan seperti sekarang ini dan semakin selesa. Lagipun, hubungan kami masih baik demi anak-anak. Saya tidak mahu menafikan haknya sebagai bapa kepada ketiga-tiga anak kami yang memerlukan kasih sayang seorang bapa.

Jadi sekarang anak-anak bersama siapa?

Anak-anak semakin memahami situasi yang berlaku antara saya dan bekas suami terutamanya Dania dan Qaisara kerana mereka sudah besar. Kecuali Irfan yang masih lagi kecil untuk mengerti semua ini. Mereka tinggal bersama saya dan bekas suami bebas bertemu dengan mereka bila-bila masa. Saya tidak pernah berkira untuk menghadkan sebarang tempoh waktu. Kadang-kala, kalau saya bekerja di luar kawasan, memang Fadhly yang menjaga mereka.

Apa pula cabaran sebagai ibu tunggal? Awak masih muda pula tu, tidakkah ia sukar?

Alhamdulillah, bab mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan kami anak-beranak dipermudahkan oleh-Nya. Undangan buat kerja itu sentiasa ada, tidak pernah putus dan mencukupi buat kami. Bersyukur kerana platform diberikan Astro itu ada impaknya. Jadi, nak cerita pasal sukar atau tidak itu, sebenarnya sejak remaja lagi sudah terbiasa berdikari. Tiada masalah bagi saya untuk meneruskan kehidupan seperti ini.

0 comments:

Post a Comment