Ini Komen Eizlan Yusof Apabila Bekas Isteri Rapat Dengan Zizan Razak
Eizlan Yusof telah memberi sedikit komen apabila di tanya tentang gosip yang tersebar mengatakan bekas isterinya iaitu Vie Shanty kini sedang rapat dengan Zizan Razak.
Pelakon bergelar Dato itu berpendapat bekas isterinya mempunyai hak untuk membuat apa juga keputusan penting berkaitan hidupnya, termasuklah membina hubungan cinta yang baru.
Eizlan Yusof berkata gosip dan berita itu langsung tidak menjejaskan hubungan baik yang sedia ada dengan bekas isterinya itu.
Ini komennya tentang gosip Vie dengan Zizan:
“Kami sudah bercerai dan dia mempunyai hak untuk menentukan apa sahaja. Fokus utama saya dan dia kini adalah anak-anak, dan hubungan kami akan kekal baik untuk anak-anak. Selebihnya saya tidak boleh komen lanjut,”
Ini komennya tentang merujuk semula dengan Vie Shaty:
“Memang itu yang saya harapkan, tetapi kena faham ini semua perlukan persetujuan kedua belah pihak, saya dan dia. Apa yang perlu mereka di luar sana faham, permintaan ini perlukan persefahaman. Seperti yang saya katakan tadi, dia juga mempunyai hak untuk menentukan kehidupannya selepas kami tidak lagi bergelar suami isteri,”
Memang tepat sekali komen dari Eizlan Yusof ini. Dia langsung tidak cepat melatah, mengetahui batasannya sebagai bekas suami.
Eizlan dan Vie berkahwin pada 7 Julai 2007 dan bercerai pada Februari 2015. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 8, Zareef Yusof, 6, dan Vie Zaalia, 3.
Sumber: Utusan
0 comments:
Post a Comment