Lagi Perangai Artis Bermasalah Di Set Penggambaran Di Bongkar

Lagi Perangai Artis Bermasalah Di Set Penggambaran Di Bongkar
  Sikap artis di set kini sering menjadi bualan ramai. Pelbagai sikap selebriti yang negatif mula diketahui orang awam. Penerbit drama dan filem, Datuk Rafiena Ezanee Ramli, 35 tahun telah tampil mendedahkan beberapa sikap dan perangai para artis ketika di set penggambaran. Datuk Rafiena telah menubuhkan produksi miliknya sendiri yang diberi nama Dark Wave Pictures. Antara filem popular terbitan Datuk Rafiena ialah Kimchi Untuk Awak lakonana Emma Maembong dan Aiman...

"Saya Buat Pembedahan Kerana Ada Ketumbuhan Yang Bahaya" - Pengumuman Nora Danish


Pelakon popular, Nora Danish telahpun selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Mohamed Neyqal Nazri Aziz pada 22 Februari lalu.

"Apa Yang Ibu Buat Betul.." - Elfira Loy Menangis Di Melodi


Kisah terputusnya hubungan pertunangan antara dua selebriti iaitu Elfira Loy dan Sufian Suhaimi masih lagi jadi bualan ramai.

Rating Tinggi Bukti Saya Berbakat.. Artis Jual Kosmetik, Saya Tak Komen Pun - Aliff Syukri

Rating Tinggi Bukti Saya Berbakat.. Artis Jual Kosmetik, Saya Tak Komen Pun - Aliff Syukri
Nampaknya kisah melanda Datuk Aliff Syukri yang dikritik beberapa artis senior masih lagi panas dan menjadi topik bualan ramai. Antara yang memberi pendapat tentang Aliff Syukri ialah pelakon lama seperti Amyza Aznan dan juga Arash Mohd. Amyza Aznan ada mengatakan supaya Aliff Syukri jangan mengganggu periuk nasi mereka sebagai dalam industri hiburan. Melihat luahan Amyza Aznan ini, PA kepada Aliff Syukri bernama Melati ada memberi respon dengan mengatakan Amyza sebagai...

Sikap Kau Rosakkan Bidang Kerja Kami - Arash Mohd Hentam Aliff Syukri

Sikap Kau Rosakkan Bidang Kerja Kami - Arash Mohd Hentam Aliff Syukri
  Nampaknya seorang lagi artis senior bertindak menegur sikap jutawan kosmetik iaitu Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris yang kini menceburi bidang lakonan. Jika sebelum ini Amyza Aznan bersuara menegur Aliff Syukri, kali ini giliran Arash Mohd, seorang pelakon yang sudah lama menceburi bidang lakonan mengeluarkan pendapatnya tentang isu yang sedang panas ini. Arash Mohd, 49 tahun dilihat kecewa dengan sikap usahawan yang menggunakan bidang seni untuk meraih populariti. Bagi...

"Kau yang sendu, kata orang tutup periuk nasi dia" - PA Aliff Syukri Geram Dengan Amyza Aznan

 
Sejak kebelakangan ini, isu Aliff Syukri menjadi pelakon hangat diperkatakan orang ramai.

Semuanya gara-gara filem adiwira berjudul Badang lakonan Aliff Syukri telah masuk ke pawagam.

Dari review yang diterima, rata-rata ramai yang mula menghentam dan mengkritik lakonan ahli perniagaan kosmetik ini.

Kemudian, ada juga artis yang memberi pendapatnya tentang Aliff Syukri menjadi pelakon.

Antara artis yang lantang memberi pendapat ialah Amyza Aznan. Pelakon ini dilihat mengkritik sikap Aliff Syukri yang mahu dihargai dalam dunia lakonan.

Melihat Aliff Syukri dikritik, PA kepada ushawanan itu tampil memuatnaik satu video untuk back up bosnya itu.

PA Aliff Syukri yang bernama Melati itu dilihat begitu geram dengan kenyataan yang dibuat oleh Amyza Aznan.

Ini komen dari Melati, yang merupakan PA kepada Aliff Syukri:

"Geram betulah dengan pelakon yang kata bos aku tutup periuk nasi artis. Apa nama pelakon yang kecoh tu..

"Dia yang sendu, dia yang tak laku, pengarah tak nak ambil dia berlakon habis dia kata bos kita tutup periuk nasi dia.

"Hah habis tu dia kata bos kita bayar duit, bodoh ke nak bekerja habis tu kau keluar duit. Ingat bos kita ni kaki cap duit.

"Kau yang dah sendu, kata orang tutup periuk nasi dia pahal.Eh rezeki tu dari Tuhan, bukan dari orang

 Ini pula antara komen seorang lagi wanita di dalam video itu:

"Hello semua yang Dato berlakon orang bagi dia duit tau..Alah dia buat macam tu sebab tak ada populariti, itu yang dia saja. Dia dah tak glamour.

Ini videonya:


Video ini dimuatnaik di laman media Instagram milik Melati dan terus menjadi viral.

Di ruang komen, banyak pendapat yang bercampur baur tentang luahan Melati itu.

Ada yang menyokong Melati dan ada juga yang menyatakan Melati tidak patut masuk campur urusan bosnya dengan Amyza Aznan. (BeritaMemey)

Sumber: IG Melati

Nastaha Elyzza Luah Perasaan, Berharap Dapat Tawaran Berlakon

Nastaha Elyzza Luah Perasaan, Berharap Dapat Tawaran Berlakon
Pada tahun 2017, antara isu yang menjadi buah mulut orang ramai ialah kisah kontroversi video Bigo  Nastaha Elyzza yang mana turut melibatkan pelakon Fathia Latiff. Video Bigo itu menjadi viral sekelip mata dan  membuatkan nama Nastaha Elyzza dan Fathia Latiff dikecam. Kedua-dua pelakon ini kemudian dikatakan sudah tidak mendapat tawaran berlakn lagi selepas kontroversi panas itu. Baru-baru ini, Fathia Latiff akhirnya diterima kembali dalam industri lakonan apabila...

Dugaan Iqram Dinzly, Rumah Dirompak, Kemudian Terlibat Kemalangan Jalan Raya Pula

 Dugaan Iqram Dinzly, Rumah Dirompak, Kemudian Terlibat Kemalangan Jalan Raya Pula
Ini berita terkini melibatkan pelakon Iqram Dinzly. Pelakon yang penuh kontroversi ini telah terlibat dengan dua dugaan besar semalam. Kedua dua dugaan itu di alami oleh Iqram Dinzly dalam tempoh masa yang amat singkat dan pelakon ini berkongsi dugaan tersebut di laman media sosial Instagram. Jom baca kisah yang melanda pelakon Iqram Dinzly baru-baru ini. Pertamanya, Iqram Dinzly berkonsi rumahnya telah dipecah masuk dan beberapa barang berharga telah hilang. Kemudian,...

"Penghinaan Itu Melampau-Lampau.." - Respon Aliff Syukri Setelah Dikecam Pelakon Lain


Ahli perniagaan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri telah dikritik hebat oleh Amyza Aznan baru-baru ini.

Selain Amyza Aznan, ada juga pengarah dan pelakon lain yang bersetuju dengan komen kritikan kepada Aliff Syukri yang dilihat kini mula bergelar pelakon.

Melihat kritikan yang dilemparkan kepada oleh pelakon senior, Aliff Syukri memohon maaf kepada semua pelakon-pelakon hebat Malaysia yang berasa tidak senang dengan kehadirannya dalam bidang seni lakon.

Menurut Aliff, dia menerima tawaran berlakon dalam filem Badang setelah ditawarkan oleh pengarah.

Ini komen Alif Syukri:

"Untuk pengetahuan semua, saya tidak keluarkan duit sesen pun untuk filem ini. Malah saya menerima bayaran sebagai pelakon seperti pelakon yang lain. Itu sahaja.

"Saya bukan penerbit, saya bukan pengarah, saya tak bayar apa pun untuk filem ini.  Saya hanya pelakon sahaja.  Jadi tidak wajar jika saya seorang yang kena,"

Pelakon  watak utama filem Badang ini turut bertanya jika dia tidak mempunyai bakat kenapa dia diberikan tawaran berlakon filem?


Malah Aliff Syukri juga mengatakan drama lakonannya mendapat rating yang tinggi di Astro.

"Setakat ini saya sudah berlakon enam buah drama, malah cerita Ooops! Terlajak Nikah, Toyol Ke London antara drama lakonan saya yang capai rating tertinggi di Astro.

"Kemudian saya juga dicalonkan untuk Artis Lawak MeleTOP, Realiti Show MeleTOP.Jadi, adakah itu bermakna saya tidak punya bakat?

"Kenapa juga sebelum ini tak ada pula orang mempertikaikan bakat lakonan saya.  Tiba-tiba dengan filem Badang ini saya pula dipersalahkan seorang,"

Aliff turut memberitahu dia boleh menerima kecaman tetapi janganlah melampau seolah-olah filem Badang kerana semuanya salah dia seorang.

Ini komennya lagi:

"Seolah-olah saya ini kayu, macam saya ini hina sangat. Penghinaan itu melampau-lampau,"

Walau apa pun yang berlaku, apabila ditanya sama ada adakah dia akan terus berlakon lagi, Aliff Syukri terus menyatakan minatnya sekiranya ditawarkan berlakon.

"Jika ada orang yang menawarkan kepada saya berlakon, apa salahnya jika saya terima cuma kali ini saya akan lebih hati-hati," 

Datuk Aliff Syukri yang popular dengan tagline terlajak laris dikritik hebat oleh prang ramai ekoran filem Badang lakonannya yang dikatakan kurang bermutu.

Ramai yang memberi review kurang memberangsangkan tentang filem ini.

Sumber: Sinar Harian

5 FOTO: Wajah Anak Nora Danish Dan Nedim Nazri.. Comelnya!!

5 FOTO: Wajah Anak Nora Danish Dan Nedim Nazri.. Comelnya!!
Hari ini pasangan popular Nora Danish dan Nedim Nazri telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka berdua sebagai suami isteri. Nedim Nazri iaitu suami bintang jelita, Nora Danish, membuat pengumuman dan mengesahkan isterinya selamat melahirkan bayi lelaki, 9.02 pagi tadi di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Bayi lelaki berkenaan dilahirkan secara pembedahan Caesarean Section dengan berat 3 kilogram.  Melalui perkongsian Insta Stories pada Instagram,...

Nora Danish Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Sebentar Tadi.. Tahniah!

Nora Danish Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Sebentar Tadi.. Tahniah!
Pelakon popular Nora Danish telah pun selamat melahirkan anak pertama hasil perkahwinan dengan Nedim Nazri di sebuah hospital swasta di sini, pagi ini. Detik manis itu dikongsi teman baik Nora Danish iaitu Betty Rahmad yang turut menemani Nora Danish di hospital. Betty Rahmad memuat naik video aktres jelita itu dan suami, Nedim Nazri yang kelihatan sedang mendukung bayi mereka, melalui aplikasi Insta Stories pada Instagram. Video itu dikongsi awal pagi tadi. Betty turut...

Ditawar Berlakon Jadi Ustazah, Penerbit Dedah Perkara Sebenar Kenapa Ambil Fathia Latiff

Ditawar Berlakon Jadi Ustazah, Penerbit Dedah Perkara Sebenar Kenapa Ambil Fathia Latiff
  Di saat tiada pihak produksi berani menawarkan peluang lakonan kepada pelakon penuh kontroversi iaitu Fathia Latiff, penerbit drama syarikat Zeel Production, Fadzil Teh, pula bersikap terbuka apabila bersedia menggunakan khidmat pelakon jelita itu. Fathia Latiff ditawarkan berlakon dalam terbaru keluarannya berjudul Anugerah Cinta Aisyah yag difahamkan sebanyak 13 episod. Fadzil berkata, masalah disiplin yang sering dikaitkan dengan Fathia bukanlah isu besar baginya. Kata...

"Tergamam Dapat Berita Ini.. Jantung Saya Rasa Macam Nak Luruh " - Ogy Ahmad Daud


Hari ini pelakon yang popular menerusi filem Ali Setan iaitu Azmil Mustapha telah disahkan meninggal dunia.

Allahyarham Azmil telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya yang terletak di Shah Alam.

Sebelum ini, Azmil sememangnya ada datang ke hospital kerana komplikasi sakit jantung.

Antara artis yang terkesan dengan berita pemergian Azmil Mustapah ini sudah tentulah rakan artisnya iaitu Fauziah Ahmad Daud.

Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra disapa Kak Ogy telah menulis berita tentang pemergian Azmil Mustapha di laman medianya.

Ini tulis Ogy Ahmad Daud:

"Dia Dah Tak ada.. Sahabat Ku Dah Dipanggil Pulang Olih Ya Khaliq..

"Tergamam Mendapat Berita Ini.

"Azmil.. Aku Akan Merindui Mu Sebagai Seorang Abang, Rakan Lakon Dan Sahabat Dunia Dan Akhirat..

"Aku Mendoakan Kau Ditempatkan Didalam Golongan Orang Yang Beriman Dan Disayangi Allah.. Aamiin

"Al Fatihah Buat Tuan Haji Azmil Mustapha 

Ogy Ahmad Daud menyifatkan Allahyarham Azmil Mustapha sebagai individu yang menyenangkan dan tidak pernah bercerita buruk mengenai orang lain.

Katanya lagi, Azmil sudah dianggap sebagai seorang abang dan dia antara individu yang menyokongnya ketika Ogy di awal penghijrahan dahulu.

Ini komen Ogy:

"Dia sudah macam abang saya. Sepanjang saya mengenalinya, dia tak pernah menyusahkan orang dan tak letak dirinya sebagai orang hebat.

"Semasa awal penghijrahan saya dahulu, dia orang pertama yang ketuk pintu rumah saya dan menyokong apa yang saya lakukan (bertudung). Walaupun saya masih aktif dengan industri seni, dia tak pernah memberi kecaman atau bercakap buruk di belakang.

"Sebaliknya, dia buat saya lebih faham mengenai agama dan banyak mengajar saya mengenai keindahan Islam. Dia sanggup hidup bersusah tanpa duit dan harta kerana mencari keredaan Allah,"

Sementara itu, Ogy berkata dia terkejut dan seakan-akan tidak percaya apabila dimaklumkan oleh adiknya mengenai kematian Azmil.

Ini komen Ogy lagi;

"Apabila dapat berita daripada adik saya, jantung saya rasa macam nak luruh, tak percaya Azmil sudah tiada.

"Selepas ini saya pasti akan merindui gelak tawa dia. Sekarang ini sudah tiada lagi orang yang akan memanggil saya dengan nama Asmidar.

"Kali terakhir kami bertemu tahun lalu di kediaman saya dan ada berhubung melalui telefon pada bulan lalu,"

Azmil Mustapha meninggal dunia sekitar pukul 12.40 tengah hari di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Jenazah dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam untuk urusan serta solat jenazah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, Selangor selepas waktu Asar.

Untuk pengetahuan, Ogy dan Azmil pernah bergandingan sama dalam beberapa filem antaranya Ali Setan, Suara Kekasih, Gadis Hitam Putih dan Dewi Cinta.

Bagaimanapun filem Ali Setan arahan Tan Sri Jins Shamsuddin yang menggandingkan mereka berdua telah menjadi hit dan mencatatkan kutipan box office.

Takziah buat keluarga Azmil Mustapha. Mari doakan arwah.

Sumber: mStar

Pelakon Filem 'Ali Setan' Azmil Mustapha Disahkan Meninggal Dunia Sebentar Tadi

Pelakon Filem 'Ali Setan' Azmil Mustapha Disahkan Meninggal Dunia Sebentar Tadi
Pelakon yang amat popular menerusi filem Ali Setan yang popular tahun 1980-an iaitu Azmil Mustapha telah disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari pada Rabu. Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam dekat sini pada usia 65 tahun. Beliau sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana kesukaran bernafas. Sebelum ini, Allahyarham Azmil Mustapha ada beberapa kali masuk ke hospital kerana masalah jantung dan komplikasi. Allahyarham...

Setelah Menempuhi Kontroversi, Farid Kamil Akhirnya Tampil Secara Live Di MeleTop

Setelah Menempuhi Kontroversi, Farid Kamil Akhirnya Tampil Secara Live Di MeleTop
  Pelakon Datuk Farid Kamil sememangnya sedang menajdi perhatian ramai ekoran kesnya mengamuk di balai polsi dan mengambil barang terlarang menjadi bualan ramai. Datuk Farid Kamil mengakui kontroversi yang menghambat dirinya membabitkan tahanan reman dan tuduhan penyalahagunaan bahan terlarang sebagai satu pengalaman tidak boleh dilupakan. Buat pertama kalinya, Farid Kamil telah tampil secara live di kaca televisyen apabila muncul di program MeleTop yang bersiaran secara...

"Memang Sakit Hati" - Wany Hasrita Luah Perasaan Dibuli Di AJL32

 
Penyanyi Wany Hasrita meruapakn salah seorang peserta Anuegrah Juara Lagu kali ke 32. Ini kali pertama Wany Hasrita melangkah ke Anugerah Juara Lagu.

Namun, ada kisah yang tidak sedap dilalui oleh Wany Hasrita di AJL32.

Dikatakan ekoran persembahannya di pentas AJL32, Wany Hasrita teruk dikecam dan menjadi mangsa buli siber (cyber bully).

Wany Hasrita sendiri mengaku terkesan dengan kritikan dan kecaman daripada netizen tentang persembahannya pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) pada malam Ahad lalu.

Penyanyi berumur 26 tahun ini, berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut dan hanya ingin memberi fokus terhadap kariernya selepas ini.

Malah Wany telah memuatnaik luahan hati di laman Instgramnya tentang orang ramai membulinya di alam siber.

Wany ada memuat naik status menerusi laman Instastorynya dengan mengatakan kewujudan buli siber dan mendoakan tidak ada sesiapa yang perlu melalui situasi tersebut.

Ini luahannya:

"Buli siber benar terjadi. Saya berdoa agar semua orang tidak perlu melalui situasi seperti ini,"


Kemudian, menerusi portal mStar, Wany menerangkan dia meluah rasa sakit hati tentang isu siber buli ini kerana mahu memberi kesedaran kepada orang ramai.

Ini komen Wany Hasrita:

"Tujuan saya muat naik status terdapat buli siber bukan kerana berasa tertekan. Tapi ingin memberi kesedaran pada orang luar bahawa buli siber itu sememangnya wujud.

"Baru saya tahu perasaan orang yang melalui situasi buli siber. Memang menyakitkan hati. Pada awalnya, tidak dinafikan saya terkesan juga dengan kritikan netizen.

"Tapi hanya sekejap sahaja. Saya dah lakukan yang terbaik pada malam itu. Jadi, lebih baik saya fokus pada karier selepas ini,"

Rata-ratanya netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan nyanyian Wany yang dikatakan sumbang, malah gimik ‘drama’ pembuka persembahan juga tidak sesuai dan ketinggalan zaman ketika mempersembahkan lagu Menahan Rindu.

Bagaimanapun, Wany menjelaskan idea dan konsep tersebut bukan datang daripada pihaknya atau pihak pengurusan namun hanya mengikut kehendak pihak ketiga.

Ini katanya lagi:

"Pihak tersebut yang mahukan konsep seperti itu. Saya sebagai pendatang baru hanya ikut sahaja. Takkan saya nak demand atau jadi diva,"

"Kalau ikutkan saya sendiri mahukan konsep yang berlainan dan sesuatu yang boleh orang ingat sampai bila-bila.

"Lagu Menahan Rindu itu sendiri mempunyai maksud yang banyak. Bukan hanya untuk kekasih sahaja tetapi rindu pada ahli keluarga juga," 

Apapun Wany Hasrita telah buat yang terbaik pada malam AJL 32. Semoga selepas ini Wany akan lebih hebat di pentas AJL pada masa yang akan datang.


Sumber: mStar

Pengesahan Jantina Sajat Dihalang Pihak Ketiga - Jakim

Pengesahan Jantina Sajat Dihalang Pihak Ketiga - Jakim
  Kini sudah hampir sebulan isu Sajat bertemu pihak Jakim berlaku. Ramai yang tak sabar untuk mengetahui pengesahan jantina Nur Sajat. Namun pihak JAKIM telah membuat kenyataan terbaru tentang isu ini. Dikatakan, keputusan untuk mengetahui identiti sebenar usahawan kosmetik berkenaan mungkin mengambil masa lebih lama apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendakwa telah ada halangan untuk meneruskan prosedur berkenaan.Bercakap kepada mStar Online, Penolong...

TAHNIAH! Sari Yanti Disahkan Mengandung Anak Pertama

TAHNIAH! Sari Yanti Disahkan Mengandung Anak Pertama
Sari Yanti Sah Hamil Ini satu berita gembira yang baru diterima tentang pasangan selebriti iaitu pelawak Jep Sepahtu dan juga pelakon popular Sari Yanti. Akhirnya pasangan ini bakal bergelar ibu bapa apabila pelakon Sari Yanti telah disahkan hamil anak pertama mereka. Berita yang amat menggembirakan ini telah secara rasmi diumumkan oleh pasangan ini di radio Sinar FM. Laman media Instagram Sinar FM telah berkongsi kisah yang ditunggu ramai ini petang tadi. Ini caption...

"Kalau Naik Pentas, Jamah Buku Lima" - Respon Altimet Tentang Cubaan Ceroboh Iqram Dinzly Di AJL32

 
Ini sedikit update tentang perkara yang ramai tak tahu ketika di Anugerah Juara Lagu kali ke 32 Ahad yang lalu.

Penyanyi rap Altimet mendedahkan terdapat satu insiden belakang pentas, Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) melibatkan pelakon yang sedang viral iaitu Iqram Dinzly yang dilihat telah membuatnya agak marah pada Ahad lalu.

Altimet yang membuat persembahan lagu Amboi memberi kenyataan tentang perkara berkenaan di laman media sosial miliknya.

Penyanyi ini secara sinikal mengucapkan syabas kepada petugas pada acara itu kerana berjaya menghalang Iqram Dinzly daripada membuat kemunculan selain dapat melindungi pelakon itu daripada mengalami kecelakaan.

Ini komen Alitimet:

"Baru dapat tahu masa #AJL32 hari tu, Che Iqram nak naik pentas masa aku buat persembahan. Syabas kepada staff Media Prima Berhad sebab lindungi dia dari 'kecederaan'."

"Ini hip hop, bro. Kalau tak diundang naik pentas kau naik jugak, siku, kaki, buku lima semua kau boleh jamah der. Adat kami lain sikit."

Inilah luahan rasa dari Altimet di Twitter.



Pada acara itu, lagu Amboi persembahan Altimet membawa pulang trofi Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000.

Sememangnya Altimet mencuri perhatian ramai dengan persembahan mantap ketika menyampaikan lagu Amboi.

Dalam pada itu, Altimet memberitahu dia meninggalkan pentas utama ketika Hael menyanyikan lagunya selepas diumumkan sebagai pemenang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan apabila melihat Iqram Dinzly turut naik ke pentas bagi meraikan kemenangan Hael itu.

Ini komen Altimet lagi:

"Sebab itu masa kau naik pentas bila juara nyanyi lagu sekali aku 'chow'. Tak nak keruhkan keadaan,"

Difahamkan tindakan Iqram Dinzly itu tanpa persetujuan pihak produksi.

Hael Husaini muncul sebagai juara AJL32 menerusi lagu ciptaannya bersama Ezra Kong, Jampi.

Tempat kedua dimenangi oleh lagu Sejati nyanyian Azmi Caliph Busker dan tempat ketiga dimenangi oleh Haqiem Rusly menerusi lagu Tergantung Sepi.~ Berita Memey

Sumber: Laman Media Altimet / mStar

Fazura Kagum Mempunyai Suami Yang Amat Penyabar Seperti Fattah Amin

Fazura Kagum Mempunyai Suami Yang Amat Penyabar Seperti Fattah Amin
  Ketika ini, boleh dikatakan pasangan suami isteri paling popular di Malaysia ialah Fattah Amin dan juga Fazura. Bercerita tentang rumah tangganya dengan Fattah, Fazura berkata, mereka masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing memandangkan mereka bercinta selepas berkahwin. Sepanjang tiga bulan mendirikan rumah tangga, Fazura menzahirkan rasa kagum dengan sikap penyabar Fattah Amin. Selain itu, Fattah Amin juga tidak pernah menekannya dan sentiasa memberi...

"For Me Its An Insult.." - Neeta Luah Rasa Kecewa Lagunya Dikatakan Lagu Fathia Latiff

 
Baru-baru ini pelakon Fathia Latiff mula menceburi bidang nyanyian dan ada mengeluarkan klip video beberapa cover lagu nyanyiannya.

Boleh tahan suara Fathia Latiff yang mana ramai mengatakan sebagai agak merdu.

Sebelum ini Fathia Latiff ada membuat cover algu antarabangsa Dua Lipa berjudul New Rules.

Yang terbaru Fathia Latiff membuat cover lagu kumpulan I Am Neeta berjudul Sakit.

Apabila video klip nyanyian Fathia Latiff menjadi viral, ada yang mempromosikan lagu Sakit itu sebagai lagu Fathia Latiff.

Ini membuatkan penyanyian asal iaitu Neeta Manisha meluahkan rasa kecewa kerana ada pihak kata lagunya itu adalah lagu milik Fathia.

Ini komen Neeta Manisha:

"Dont get me wrong, kak fatiya nyanyi sedap gila tapi jangan smpai salah info dude, for me its an insult. xoxo do better next time"

Untuk pengetahuan Sakit adalah nyanyian Neeta Manisha iaitu vokalis kumpulan I Am Neeta.

Komposer yang juga anggota band IAmNeeta, Patrick Anohada mengakui tiada masalah lagu Sakit nyanyian band itu disalah sangka sebagai lagu baru pelakon Fathia Latif.

Video muzik Fathia menyanyikan lagu itu dalam versinya sendiri menjadi trending baru-baru ini selepas dimuat naik di YouTube dan ramai memuji nyanyiannya.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang bertindak mempromosikan video berkenaan dengan kapsyen mengatakan ia adalah lagu baru nynyian Fathia Latiff.

Ini komen Patrick Anohada:

"Sebenarnya kesilapan itu tidak disengajakan dan vokalis kami Neeta sedikit terasa memandangkan Sakit adalah lagu IAmNeeta. Disebabkan itu, dia menyuarakan rasa kecewa.

"Bagaimanapun, kami sudah memberi kebenaran kepada Fathia membuat ‘cover version’ lagu itu. Saya sendiri tidak sangka lagu Sakit mendapat sambutan luar biasa.

"Bagi saya tiada masalah pun atas kekeliruan yang berlaku. Sebaliknya ia bagus untuk kami lebih dikenali terutama pendengar tidak tahu kewujudan IAmNeeta selama ini"

Sejak dilancarkan empat hari lalu, muzik video mendapat lebih 330,000 tontonan dan pernah mendapat trending nombor dua di platform muzik itu.

Video nyanyian Fathia latiff itu dimuatnaik oleh  Patrick Anohada di laman Youtube miliknya.

Sumber: Harian Metro

Ketua Juri Jelaskan Kenapa Lagu 'Jampi' Nyanyian Hael Husaini Dipilih Jadi Juara

Ketua Juri Jelaskan Kenapa Lagu 'Jampi' Nyanyian Hael Husaini Dipilih Jadi Juara
  Semalam lagu Jampi nyanyian Hael Husaini telah dinobatkan sebagai Juara AJL kali ke32 menewaskna 11 peserta dan lagu lain. Ramai sebenarnya yang nak tahu, mengapakah lagu ini dipilih sebagai juara AJL. Akhirnya ketua juri Anugerah Juara Lagu Ke 32 (AJL32) iaitu Azmeer tampil memberi respon kenapa para juri sebulat suara memilih lagu Jampi sebagai juara. Azmeer berkata, antara faktor kemenangan lagu Jampi nyanyian Hael Husaini dalam Anugerah Juara Lagu 32 adalah kerana...

"Macam Tak Percaya, Satu Dewan Jerit Nama"- Sajat Terharu Jadi Perhatian Di AJL



Semalam, telah berlangsung Anugerah Juara Lagu kali ke 32 (AJL32).

Majlis yang amat berprestij ini telah diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil dan bertemakan Muzik dan Fesyen.

Anugerah Juara Lagu kali ini diacarakan oleh Sherry Al Hadad dan juga Aliff Satar.

Tetapi semalam, ketika di red carpet dan juga sepanjang majlis ini bersiaran langsung, antara yang mencuri perhatian ialah kehadiran Nur Sajat.

Usahawan yang amat popular di laman media sosial ini hadir di red carpet dan terus mencuri perhatian para juru foto di sana.

Kemudiannya, ketika siaran langsung, Sajat sekali lagi menjadi perhatian ramai dan satu dewan bersorak memanggil namanya ketika dia hadir.

Memang gamat habis ketika penyanyi "Abang Nak Tegur" ini masuk ke dewan.

Malah pengacara iaitu Sherry dan Alif Satar juga sempat berhenti seketika ketika live dan melihat Sajat masuk ke dewan dan mengatakan Sajat menerima sambutan yang amat hangat dari para hadirin di dewan.

Tidak lama kemudian, Sajat ada meluahkan rasa terharunya apabila mendaoat perhatian yang amat hebat ketika hadir di AJL32.

Ini komen Nur Sajat:

"Sajat dah lama tak pergi event macam ini,walaupun di kecam hebat pelbagai kontervesi bulan lepas, tetapi malam tadi Sajat rasa macam tak percaya, satu dewan menjerit jerit panggil nama Sajat... Thank you uols semua... Sajat hargai anda semua.. Haters dan fans Sajat.. I love you.. Muahhh"

Itulah ucapan terharu dari Nur Sajat apabila mendapat sorakan yang amat gamat di AJL32.

Di majlis ini, Nur Sajat dilihat hadir bersama juru solek iaitu Gie Ismail dan juga temannya iaitu Coach Yin.

Memang hebat aura Sajat ini. Kemana sahaja dia pergi sudah tentu mendapat perhatian yang amat hangat. -Berita Memey

Sumber: Ig Nur Sajat

"Halena Thank You So Much, I Love You" - Ucapan Hael, Siapakah Halena? Ini Pendedahannya


Semalam, komposer dan penyanyi lagu Jampi iaitu Hael Husaini telah berjaya meraih kejayaan yang amat besar buat dirinya.

Hael Husaini telah dinobatkan sebagai juara dan meraih trofi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32.

Jutaan tahniah diucapkan buat Hael Husaini yang sememangnya berjaya 'menjampi' pentas Anugerah Juara Lagu semalam, memang padu!

Ketika ucapan Hael Husaini, ada momen yang mana beliau menyebut nama Halena. Ada yang tidak tahu siapakah Halena itu? Ini jawapannya.

Ini antara ucapannya: "Halena Thank You So Much, I Love You"

Kata Hael Husaini, Halena merupakan anak angkatnya.

Penyanyi ini menyifatkan kemenangannya sebagai menumpang rezeki anak angkat, Nur Helena.

Hael atau nama penuhnya, Hal Husaini Razmi, 29, berkata, sejak kehadiran Helena yang dipelihara sejak Mei tahun lalu, rezekinya dalam bidang seni mencurah-curah.

Ini komen Hael Husaini selepas bergelar juara:

"Helena adalah rezeki terbesar saya. Diakui sejak dia hadir dalam hidup saya., rezeki semakin murah. Kemenangan saya pada AJL 32 saya tujukan kepadanya.

"Walaupun pada awalnya saya agak bimbang untuk memikul tanggungjawab ini, tapi saya tetap mencuba memberikan yang terbaik. Sekarang saya tak boleh bayangkan hidup ini tanpa dirinya,"

Pada malam kemuncak AJL32, lagu "Jampi" ciptaan bersama Hael dan Ezra Kong, telah menewaskan 11 lagu lain.

Mereka berdua membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, sebuah trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000.

Diusik dengan pertanyaan apakah dia akan menaikkan kadar bayaran selepas diangkat sebagai juara, Hael berkata, ada perkara lain yang harus diberi fokus selain bersikap demanding seperti itu.

Ini komennya:

"Tak terfikir pun nak naikkan harga kerana fokus saya selepas ini adalah untuk mengembangkan lagi nama saya,"

Itu antara kata Hael yang juga merupakan komposer lagu popular, Pematah Hati nyanyian Nabila Razali.

Mengakui tak menang tangan kerana sibuk menerbitkan lagu penyanyi lain, bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2013 ini memberitahu, dia bakal bekerjasama dengan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ini pendedahannya lagi:

"Insya-Allah, akan ada satu projek khas bersama penyanyi popular itu. Perancangannya dalam tahun ini juga cuma saya tak boleh nak cerita dengan lebih lanjut…Kena tunggu"

Memang seorang yang hebat hael Husaini ni. Semoga terus sukses di masa depan. Tak sabar nak tunggu karya Hael yang seterusnya.

Sumber: Berita Harian

"Bagi saya benda tu tak patut.." - Komen Mengejutkan Haqiem Rusli Selepas Menang

 
Semalam telah berlangsung nya Anugerah Juara Lagu kali ke 32 yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil.

Anugerah Juara Lagu 32 kali ini mengangkat tema "Fesyen Dan Muzik" dan telah diacarakan oleh Sherry Al Hadad dan juga Aliff Satar.

Majlis AJL32 malam tadi, telah berlangsung dengan suasana yang amat gamat dan meriah sekali.

Para peserta dilihat memberi persembahan terbaik mereka di atas pentas Juara Lagu, memang semuanya hebat-hebta belaka.

Akhirnya, lagu Jampi nyanyian Hael telah dinobatkan sebagai juara pada malam itu.

Ini keputusan penuh AJL32:

Juara - Hael 
Naib Juara - Azmi Caliph Busker 
Ketiga - Haqiem Rusli 
Vokal Terbaik - Syamel Dan Ernie Zakrie
Persembahan Terbaik - Altimet 
Anugerah Penyanyi Pilihan - Khai Bahar 

Penyanyi yang berjaya merangkul tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) menerusi lagu berjudul Tergantung Sepi, Haqiem Rusli sedikit terkilan apabila rakan-rakan seperjuangannya atau boleh digelar sebagai ‘budak budak baru nak up’ sering menjadi mangsa kecaman ramai.

Bagaimanapun, dengan kemenangannya mendapat tempat ketiga di AJL32, ianya telah sedikit sebanyak membantu menyelamatkan rakan-rakannya yang lain daripada terus dikecam.

Ini komennya:

"Saya menyelamatkan mereka sebagai penyanyi-penyanyi baru ini. Saya kecewalah bila netizen kutuk semua ni. Sebab saya back-up budak baru macam Aiman Tino, Hassad Motawh semua tu sebab mereka (netizen) tidak pandai jaga hati, kutuk-kutuk"

"Bagi saya benda tu tak patut, dan tak baguslah. Kalau lagu macam Aiman Tino tu cuba suruh orang lain nyanyi takkan sesedap Aiman Tino, begitu juga dengan yang lain-lain, sebab mereka ini unik"

"Tak semestinya nyanyi nak kena tinggi-tinggi. Tengok muzik mereka macam mana mereka sampaikan. Kalau netizen asyik kecam, bila mereka ni naik atau berjaya seperti artis-artis lama?"

Haqiem Rusly berkata demikian ketika ditemui selepas selesai AJL 32.

Apapun, tahniah buat Haqiem Rusli kerana berjaya merangkul tempat ketiga di AJL32, dan diharapkan kemenangannya ini mampu mengubah persepsi netizen terhadap penyanyi-penyanyi yang baru ‘nak up’ ini.

Mereka masih muda dan memang berbakat besar. Sepatutnya semua harus  memberikan peluang kepada mereka untuk terus berkarya dan seterusnya mewarnai industri muzik Malaysia.

Usahlah terus memandang enteng kepada penyanyi baru ini kerana mereka semua hebat-hebat belaka.

Sumber: RotiKaya

VIDEO: Zulin Aziz Mengamuk Diejek Gemuk

VIDEO: Zulin Aziz Mengamuk Diejek Gemuk
  Zulin Aziz merupakan pengacara, pelakon dan juga pelawak yang sering memuatnaik video di laman media Instagram miliknya. Melalui video yang dikongsikan, pelbagai telatah Zulin sering ditunjukkan dan ianya amat mencuit hati para follower dan para peminatnya. Zulin juga amat terkenal sebagai seorang yang amat hebat meniru gaya dan juga suara orang lain. Bagaimanapun, beberapa hari yang lalu, pelakon dan pengacara Zulin Aziz ada memuat naik video di laman Instagram...

(VIDEO) Kehadiran Sajat Di AJL32 Bikin Dewan Gamat!

(VIDEO) Kehadiran Sajat Di AJL32 Bikin Dewan Gamat!
  Malam ini telah berlangsung pertandingan nyanyian berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu kali ke 32 (AJL32). Memang setiap kali Anugerah Juara Lagu diadakan, ianya amat dinanti ramai para peminat muzik dan industri hiburan tanah air. Kali ini Anugerah Juara Lagu 32 diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil dan diacarakan oleh Sherry Al Hadad dan juga Aliff Satar. Tema untuk acara Anugerah Juara Lagu tahun ini ialah "Fesyen dan Muzik" yang mana ia berkonsep apabila pemilihan...

Sweetnya.. Laudya Cynthia Bella Sambut Birthday Erra Fazira

Sweetnya.. Laudya Cynthia Bella Sambut Birthday Erra Fazira
Pelakon popular dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella dilihat telah menyambut hari kelahiran penyanyi dan juga pelakon popular Malaysia, Erra Fazira. Laudya Cynthia Bella membuat kejutan hari lahir Erra Fazira yang ke-44 bersama anak Erra dengan Engku Emran iaitu Engku Aleesya. Turut kelihatan berada di sambutan hari lahir Erra Fazira secara kecil-kecilan itu adalah beberapa orang teman nya. Kedua dua artis ini ada berkongsi video sambuatan hari lahir di laman media Instagram...

Sofi Jikan Dibebaskan, Ini Komennya Tentang Farid Kamil Selepas Dibebaskan

Sofi Jikan Dibebaskan, Ini Komennya Tentang Farid Kamil Selepas Dibebaskan
Ini berita terkini tentang isu melibatkan Sofi Jikan dan juga Datuk Farid Kamil. Dalam perkembangan terbaru, pelakon popular Sofi Jikan akhirnya telah dibebaskan dari tahan reman sebentar tadi. Sofi Jikan dibebaskan dengan jaminan pihak polis selepas tiga hari ditahan. Pelakon ini ditahan reman oleh pihak polis untuk mebantu siasatan, ekoran didapati dia positif ujian bahan terlarang.    "Kasi sengat!!! Lu sengat wa, wa sengat lu!" Itulah antara kata-kata...

"Kenapa Nak Putih..? Stop Jual Produk Pemutih Yang Bodoh Ini" - Nabila Huda

 
Zaman kini, ramai orang terutama golongan wanita yang berlumba-lumba ingin mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Mana tidaknya, ramai beranggapan wanita berkulit cerah lebih cantik dan bagus berbanding wanita yang mempunyai kulit gelap.

Produk pemutihan kulit pula sekarang ni tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, memandangkan permintaan terhadap produk itu yang amat tinggi.

Memang banyak betul pihak yang menjual produk untuk menjadi kan kulit lebih putih ketika ini di pasaran.

Apabila banyak penjual yang bersaing menjual produk-produk ini, sudah tentu antara salah satu cara mempromosikan produk ini adalah menerusi spam di komen Instagram artis popular.

Ini satu kejadian yang berlaku kepada pelakon hebat yang juga anak Amy Search iaitu Nabila Huda.

Baru-baru ini, seorang peniaga mempromosikan produk pemutih kulit di ruangan komen Instagram milik pelakon Nabila Huda.

Apa yang pasti iklan tersebut berjaya menarik perhatiannya dan Nabila Huda bertindak membalas komen tersebut.

Pelakon drama Dendam Aurora ini telah menempelak penjual tersebut, mengapa dia perlu membeli produk memutihkan kulit, sedangkan kulit gelap adalah amat cantik.

Nabila Huda juga meminta penjual itu berhenti menjual produk memutihkan kulit.
Ini komen Nabila Huda:
 
"Kenapa nak putih kalau saya suka berjemur. Saya sukakan kulit saya.

"Berhenti jual produk pemutihan kulit bodoh. Tak bagus untuk kulit anda di masa akan datang.

"Jangan biasakan diri ambil produk putih ni semua. Banggalah dengan kulit kita, nusantara"

"Kita dilahirkan dengan kulit yang cantik dalam dunia"



Nampaknya komen Nabila Huda itu mendapat perhaian banyak pihak terutama para followernya.

Kebanyakkan mereka bersetuju dengan kenyataan Nabila Huda yang sentiasa berbangga dengan warna kulitnya dan tidak melakukan sebarang perubahan untuk memutihkan kulit.

Sumber: Rotikaya

Afdlin Shauki Tegur Pelawak Kaki Curi

Afdlin Shauki Tegur Pelawak Kaki Curi
Selebriti Dato Afdlin Shauki telah tampil menegur pelawak 'kaki mencuri' di Malaysia. Afdlin Shauki menggesa pelawak supaya tidak mencuri bahan pelawak lain dalam setiap persembahan komedi mereka.Kata Dato Afdlin Shauki, perbuatan mencuri idea dan bahan pelawak lain untuk menjana pendapatan diri sendiri adalah sesuatu yang tidak berintegriti dan perbuatan yang amat salah. Ini kenyataan Afdlin Shauki: "Ini merupakan salah satu isu integriti yang wujud dalam industri seni...