Dikecam Muatnaik Gambar Terlajak 'Mesra' Atas Katil Bersama Isteri, Ini Respon Izzue Islam



Jika dilihat di laman IG miliknya, memang ada beberapa kali selebriti popular, Izzue Islam memuat naik foto mesra bersama isteri bernama Awin.

Antara yang paling mencuri perhatian adalah gambar ketika Izzue baru bangun tidur, hanya memakai singlet, dikejut oleh Awin.

Ada yang mengecam penyanyi Izzue Islam apabila netizen menganggap dia sengaja menunjuk-nunjuk kebahagiaannya.

Menurut Izzue, apa yang dikongsi di laman sosial itu hanyalah sebahagian perjalanan hidupnya bersama isteri iaitu Awin atau nama penuhnya, Nurinafilah Waharudin.

Ini komen Izzue:

"Foto yang kami kongsi di Instagram hanyalah gambar biasa bersama isteri, tak bermaksud nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan atau nak tarik perhatian orang.

"Awin sebahagian hidup saya dan kami melalui detik bahagia. Lagi pula, foto yang kami kongsi tak keterlaluan dan hanya momen sebagai suami dan isteri.

"Tunggulah... nanti kami dah anak, rasanya gambar anak pula yang banyak. Sekarang ini biarlah masa saya dengan isteri dahulu,"

Izzue berktaa demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan orang ramai dan followernya terhadap gambar dan video mesra dia bersama isteri dia atas katil yang dimuat naik di laman sosial, baru-baru ini.

Sementara itu, pelakon ini berkata dia menerima kritikan dan memohon maaf jika foto yang dikongsi itu membuatkan sesetengah pihak kurang senang.

Ujarnya lagi, dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak dan berharap netizen tidak membuat andaian keterlaluan dengan tindakannya itu.

Ini komennya lagi:

"Kalau kongsi gambar biasa-biasa kena kecam, gambar mesra sikit pun kena juga. Mujurlah isteri sudah biasa dengan situasi begini dan dia okay sahaja.

"Apa-apa pun, saya minta maaf pada mereka yang tersinggung dengan posting begitu kerana saya faham tak semua orang suka kita. Bagaimanapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada yang terus menyokong,"

Bercakap tentang  single barunya berjudul Muzik Tiduranku, Izzue berkata, lagu tersebut dibuat dan ditujukan khas untuk isteri tersayang.

Muzik video lagu Muzik Tiduranku menjalani penggambaran di Jordan dan sudah boleh ditonton di laman Youtube.

Malah, penggambaran muzik video (MV) lagu tersebut dilakukan di Jordan ketika dia menjalani penggambaran filem baharu arahan Aziz M. Osman berjudul XX Ray 3.

Ini pendedahan Izzue:

"Lagu ini dicipta pada tahun 2008 ketika pertama kali bertemu Awin. Akhirnya, lagu ini menjadi single ketiga saya setelah diyakinkan oleh isteri.

"Alang-alang ada shooting di Jordan, kami ambil kesempatan buat rakaman MV sekali. Puas saya pujuk isteri untuk ada sekali dalam MV ini, dia bersetuju tapi dengan syarat penampilannya hujung-hujung saja.

"Lagu ini tentang seorang kekasih yang merindukan cinta hatinya walau di mana pun dia berada. Sebenarnya tak kisah untuk siapa pun, boleh jadi keluarga, kekasih, teman atau sesiapa saja," 

Izzue atau naam penuhnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan dan Awin berkahwin pada 2 Jun 2013.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment