"Jangan main ambil sahaja.." - Hafiz Suip
Kini sedang hangat diperkatakan tentang suplement untuk bayi.
Penyanyi bersuara lunak Hafiz Suip telahpun bergelar bapa sejak lebih sebulan lalu telah tampil berkongsi pendapatnya tentang makanan tambahan untuk bayi yang menjadi topik perbualan orang ramai sejak akhir-akhir ini.
Hafiz Suip mengatakan, sebagai ibu bapa, hendaklah sentiasa berhati-hati untuk mengambil sebarang suplement dan jangan main ambil sahaja tanpa nasihat dari doktor.
Ini kenyataan Hafiz Suip tentang isu ini:
"Saya tahu, banyak produk makanan tambahan dikeluarkan untuk orang dewasa dan bayi. Namun, untuk bayi, rasanya ibu bapa perlu meneliti dengan lebih mendalam"
Menurut bapa kepada bayi lelaki bernama Muhammad Riyadh Zafri itu, selain bayi, ibu juga perlu memastikan makanan tambahan yang diambil adalah bersesuaian dengan bayi itu.
Ini pengalaman dari Hafiz Suip sendiri:
"Apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan isteri. Sebelum ini, isteri saya pernah mengambil makanan tambahan untuk meningkatkan pengeluaran susu.
"Namun, mungkin kerana ada kandungan yang tak sesuai dengannya dan bayi, anak saya yang masih menyusu terpaksa berdepan beberapa masalah.
"Di bahagian mulut anak saya, timbul bintik-bintik merah seperti ruam. Jadi, sebagai pengajaran kepada semua, berhati-hati dan jangan main ambil sahaja tanpa nasihat doktor"
Sehingga kini, Hafiz Suip dan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah masih belum berkongsi gambar anak sulung mereka, namun, sudah membuka akaun Instagram khas untuknya.
Ini penjelasan dari Hafiz Suip tentang hal ini:
"Kami akan menunggu sehingga isteri saya selesai menjalani tempoh berpantang selama 45 hari. Selepas itu barulah saya akan kongsikan.
"Akaun Instagram anak juga sudah dibuka tak sampai sebulan. Alhamdulillah, banyak reaksi positif diterima dan ada tawaran daripada beberapa pihak.
"Alhamdulillah, itu adalah rezeki anak. Walaupun belum ramai pengikut di Instagram itu namun nampaknya banyak rezeki yang kami sekeluarga terima"
Untuk pengetahuan, Riyadh Zafri adalah cahaya mata pertama Hafiz Suip dan Nureffy.
Bayi lelaki ini dilahirkan pada jam 8 pagi, 31 Disember 2017 bertempat di Subang Jaya Medical Centre.
Semoga keluarga ini lebih berbahagia dengan kehadiran insan ketiga. BeritaMemey
Sumber: Harian Metro
0 comments:
Post a Comment