Fazura Kagum Mempunyai Suami Yang Amat Penyabar Seperti Fattah Amin

 
Ketika ini, boleh dikatakan pasangan suami isteri paling popular di Malaysia ialah Fattah Amin dan juga Fazura.

Bercerita tentang rumah tangganya dengan Fattah, Fazura berkata, mereka masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing memandangkan mereka bercinta selepas berkahwin.

Sepanjang tiga bulan mendirikan rumah tangga, Fazura menzahirkan rasa kagum dengan sikap penyabar Fattah Amin.

Selain itu, Fattah Amin juga tidak pernah menekannya dan sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Fazura bersyukur mendapat suami penyabar seperti Fattah.

Ini komen Fazura:

"Dia bukan seorang yang suka menekan saya dan untuk itu saya sangat menyenanginya.

"Kami berkahwin pun selepas enam bulan bercinta dan secara dasarnya kami bercinta selepas berkahwin dan Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.

"Saya juga mendapati Fattah sangat penyabar orangnya walaupun banyak perkara yang terjadi tetapi dia masih boleh memaafkan"

Itulah komen Fazura tentang suaminya Fattah Amin yang merupakan pelakon lelaki paling popular ketika ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Fazura akan tampil dalam telefilem baru berjudul Janji Zehan.

Bercakap tentang Janji Zehan, Fazura berkata, ia mengangkat kisah pasangan baru berkahwin dengan latar belakang dan budaya berbeza.

Katanya, ia pengalaman baru buatnya kerana ia menampilkan jalan cerita berlainan selain ia menjalani penggambaran di Iran.

Ini komen Fazura:

"Projek ini memang seronok dan saya tak fikir panjang untuk lakukannya apabila ditawarkan oleh pengarahnya Bernard Chauly.

"Jalan ceritanya juga berbeza tambahan ia menampilkan dua budaya dalam sebuah cerita"

Selain Fazura ia turut terlibat ialah pelakon dari Iran iaitu Amir Rezazadeh yang menjalani penggambaran sepenuhnya di negara itu.

Ia bakal disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) bermula 14 Februari ini.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment