5 Tahun Kahwin Belum Ada Rezeki Timang Anak, Ini Luahan Datin Alyah
Penyanyi hebat Datin Alyah baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada 3 Januari yang lalu.
Penyanyi ini telah berkahwin dengan maestro muzik Malaysia iaitu Datuk Ramli MS sudah pun mendirikan rumah tangga hampir lima tahun.
Namun, sehingga ke hari ini, pasangan ini masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.
Oleh kerana itu, Datin Alyah mengakui ada merancang untuk melakukan rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) sebagai salah satu ikhtiarnya untuk mendapatkan cahaya mata bersama suami.
Alyah dan Ramli MS dikatakan pernah mengambil inisiatif dengan membuat rujukan ke beberapa pusat perubatan yang mengendalikan kaedah kesuburan berkenaan.
Ini komen Alyah:
"Bila bercakap soal anak, siapa yang tak mahu cahaya mata. Malah sebelum Datuk Siti lakukan kaedah berkenaan, saya sudah tanya beberapa pusat perubatan juga.
"Cuma mungkin disebabkan rutih harian misalnya tekanan dalam kerja dan gaya hidup menyebabkan saya sukar untuk hamil. Jadi memang saya pernah ada tanya kaedah tersebut.
"Saya difahamkan, kalau mahu lakukan kaedah tersebut, saya perlu berehat sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan pertama kandungan kalau ada rezeki.
"Malah tidak boleh langsung pakai kasut tumit tinggi. Cuma itulah, buat masa ini biarlah saya selesaikan dahulu jadual seni sedia ada. Perlukan rehat yang cukup kalau nak buat IVF.
"Laporan seterusnya (mengenai mengandung atau tidak) kita nantikan pada tahun 2019 nanti ya"
Alyah berkata demikian ketika ditemui oleh pihak portal Media Hiburan ketika berada di majlis ulang tahun kelab peminatnya, Alyah4Ever di Red Box, The Curve, Damansara.
Dalam perkembangan lain, bintang asal Gelang Patah, Johor ini juga turut memperkenalkan single terbarunya, Jutaan Purnama menerusi muzik video lirik yang kini sudah boleh ditonton di YouTube.
Pada masa sama, penyanyi ini turut merakamkan rasa terharu dan berbesar hati apabila selain meraikan peminat yang selama ini sentiasa menyokong perjalanan seninya sejak menjuarai Bintang HMI lebih 18 tahun tahun lalu, dia turut menerima kejutan hari jadi daripada para jemputan.
Ini komen Alyah:
"Terima kasih buat semua yang hadir. Ada peminat yang sanggup datang dari Kedah dan Kelantan bagi mengikuti program ini. Sokongan kalian cukup saya hargai dan saya turut berbesar hati bila ada pihak yang sudi menaja aktiviti ramah mesra ini"
Semoga Alyaha terus sukses dan bertambah berjaya di masa depan. Tentang anak pula, dengan izinNya akan adalah rezeki itu. -BeritaMemey
Sumber: Media Hiburan
0 comments:
Post a Comment