"Saya tiada perasaan marah terhadap Farid" - Datuk Yusof Haslam
Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam tampil memberi kenyataan tentang Datuk Farid Kamil yang kini sering menjadi buruan pihak media.
Yusof Haslam bersikap positif dan langsung tidak menyimpan dendam terhadap pelakon Datuk Farid Kamil.
Sebelum ini, Farid kamil pernah mempertikai kemenangan anaknya, Syamsul dalam Festival Filem Malaysia.
Farid Kamil dikatakan mengaitkan kemenangan yang diperolehi Syamsul Yusof dalam beberapa kategori.
Katanya, Shamsul menang kerana pengaruh Yusof Haslam yang ketika itu sebagai Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).
Yusof Haslam yang kini berumur 63 tahun berkata, perkara itu sudah berlalu dan dia tidak berasa apa-apa dengan situasi yang berlaku.
Ini komennya:
"Terus terang saya cakap, saya tiada perasaan marah terhadap Farid. Bagi saya, dia budak muda dan jiwanya sedang memberontak. Ia adalah perkara biasa.
"Malah kalau ada bahagian yang sesuai, sekiranya Syamsul nak ambil dia berlakon, saya tiada masalah,"
Menurut Yusof, Syamsul juga memberikan respon yang positif untuk mengambil Farid berlakon filem terbitan Skop Productions sekiranya ada watak yang sesuai.
Ini jelasnya lagi:
"Saya tiada masalah dengan Farid. Usianya dengan Syamsul pun berbeza beberapa tahun saja. Bagi saya biar industri ini sama-sama dimajukan oleh budak muda.
"Mereka pun pernah bekerjasama dalam filem KL Drift. Syamsul pun pernah menjelaskan dia okay saja apabila berjumpa Farid,"
Syamsul sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan Diana Danielle, namun perhubungan mereka terputus di tengah jalan.
Kemudian Farid Kamil bercinta dengan Diana Danielle dan mereka berdua berkahwin sehingga kini dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Ini komennya tentang hal ini:
"Dia akur Tuhan sudah tentukan jodohnya tiada dengan Diana. Bagi saya, itu pilihan masing-masing dan Alhamdulillah Syamsul pun sudah ada isteri dan anak.
"Setiap kejadian itu ada hikmahnya dan saya pun mendoakan rumahtangga Farid dengan isteri dan anak-anaknya bahagia hingga ke akhir hayat,"
Yusof berkata, dia juga menasihatkan Syamsul agar tidak menyimpan perasaan dendam dengan apa yang terjadi sebelum ini.
"Pesan saya buat budak-budak muda, hilangkan perasaan kritik mengkritik satu sama lain. Walaupun tidak setuju, jangan hentam kerana apinya akan memakan diri semula.
"Saya selalu menasihatkan Syamsul agar jangan balas setiap kritikan yang dilemparkan kepadanya. Kalau boleh biarlah selesaikan cara baik. Dan perlu ada sikap bermaaf-maafan,"
Itulah komen dari Yusof Haslam yang amat positif dan langsung tiada perasaan marah dengan Farid Kamil.
Yang sudah berlalu itu sudahlah, bak kata pepatah buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi.
Sumber: Harian Metro
0 comments:
Post a Comment