TERKINI: Datuk Farid Kamil Buat Satu Lagi Report Polis



Pelakon dan pengarah popular Datuk Farid Kamil Zahari sekali lagi telah membuat laporan polis.

Datuk Farid Kamil membuat report polis yang baru di Balai Polis Damansara pada hari Rabu yang lalu sekitar jam 5.54 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengsahkan perkara berkenaan.

Kata pihak polis, laporan polis itu dibuat olehnya dipercayai berkaitan penahanan Farid Kamil sebelum ini.

Ini komen pihak polis:

"Saya boleh mengesahkan bahawa dia membuat laporan pada hari Rabu, pukul 5.54 petang berhubung kejadian yang membawa kepada penangkapannya. Saya mengesahkan polis menerima laporan itu yang membabitkan banyak perkara iaitu sebelum, ketika dan selepas kejadian berkenaan (penahanan). 

"Siasatan sedang dijalankan secara terperinci termasuk mengenai nama-nama individu yang dilaporkan oleh Farid" 

"Selepas laporan polis itu dibuat, Farid harus bertanggungjawab dan memberikan kerjasama kepada polis bagi membantu siasatan. Kita akan memanggil dia untuk merekodkan keterangan dalam kadar segera,"

Dalam pada itu, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata pelakon tersebut dinasihati untuk merujuk peguamnya terlebih dahulu kerana kes masih dalam proses perbicaraan.
Diimbas kembali, sebelum ini, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan bahan terlarang jenis THC ke dalam badan, pada 11 Januari lalu dan dia dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes ini sama dengan tarikh sebutan empat tuduhan jenayah lain yang dihadapinya iaitu 5 Mac depan.

Farid Kamil juga didakwa dengan empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000 pada 16 Januari lalu.

Selepas dibebaskan dari tahanan reman, Farid Kamil dikatakan telah menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan.

Kini keadaan Farid Kamil semakin baik dan dikataakn sudah berjumpa anak nya dan juga telah keluar bersma Diana Danielle.

Sumber: Harian Metro / mStar

0 comments:

Post a Comment