Raf Yaakob Merupakan Suami Idaman Semua Wanita, Kata Mawar Rashid
Pelakon jelita, Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob boleh lagi dikatakan dalam fasa pengantin baru.
Sememangnya pasangan ini amat romantik sekali dan saling meluahkan rasa rindu dan rasa cinta menerusi laman media sosial.
Terbaru Mawar Rashid telah memuat naik status dengan menyifatkan Raf Yaakob sebagai suami idaman semua wanita.
Malah, Raf Yaakob juga dilabelkan sebagai seorang ayah yang akan disayangi kanak-kanak dan itu semua yang dia miliki.
Ini tulis Mawar Rashid tentang suaminya:
"Raden sayang. Awak adalah suami idaman semua wanita. Awak adalah ayah semua kanak-kanak akan sayang.
"Awak adalah kawan yang tidak ada pada orang lain. Awak adalah segalanya yang saya ada," tulis Mawar.
Selain itu, Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 23 tahun juga mengucapkan terima kasih dan menyatakan dia terlalu rindu pada suami dan dua orang anak tirinya, Rayyan dan Chanela.
"Terima kasih untuk semua sayang. Saya sangat rindu awak, Rayyan dan Chanela,"
Manakala di laman Instagram Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pula memuat naik foto dan video pertama kali mereka keluar bersama pada tahun lalu.
Menerusi caption yang ditulis Raf Yaacon, dia amat bersyukur selepas setahun berlalu dan kini pelakon Mawar sudah menjadi isterinya.
Kata Raf Yaacob, dia berasa seperti di syurga apabila Mawar sentiasa disampingnya dan berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kehidupan bahagia buat keluarganya.
Ini tulis Raf:
"Sudah setahun berlalu kita berjumpa dan saya sangat bersyukur awak adalah isteri saya sekarang. Anje sayang, awak adalah semua yang saya impikan.
"Saya berikan semua hati saya dan awak penuhkan ia dengan kasih sayang. Ia seperti di syurga dunia dengan awak disisi saya. Alhamdulillah, Terima kasih Allah,"
Raf Yaacob dan Mawar Rashid berkahwin pada 9 November tahun lalu selepas empat bulan mengikat tali pertunangan.
Raf yang merupakan adik kepada chef dan penyanyi Datuk Fazley, mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertama iaitu Raden Ahmad Rayyan, 7 tahun, dan Raden Seri Raysaa Chanela yang kini berusia tiga tahun.
Semoga pasangan ini terus bahagis melayari bahtera!
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment