Luahan Hati Ezzaty Abdullah Selepas Jalani Pembedahan, Banyak Dugaan Dan Cabaran
Umum mengetahui pelakon Ezzaty Abdullah telah dirawat dan terpaksa mejalani pembedahan.
Hari ini, pelakon ini sudah dibenarkan pulang selepas lima hari pembedahan dan menjalani rawatan akibat bengkak susu.
Ezzaty Abdullah menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya meluahkan rasa syukur kerana keadaannya kini sudah semakin pulih.
Pelakon itu memberitahu dia telah pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi sepanjang rawatan itu dijalankan.
Menurutnya kesakitan yang ditanggung tidak terperi dan hanya Tuhan serta pesakit yang pernah melaluinya sahaja yang tahu.
Bagaimanapun dia bersyukur kerana suaminya, pelakon Azwan Kombos sentiasa ada membantu dan menemaninya sepanjang tempoh tersebut.
Ezzaty turut berterima kasih kepada keluarga dan semua yang telah mendoakan kesihatannya.
Ini luahan hati Ezzaty Abdullah tentang kejadian yang menimpanya;
"Alhamdulillah Jumaat yang penuh barakah ni saya dapat discharge dari hospital. 5 hari saya berada di hospital ni pelbagai dugaan dan cabaran saya tempuhi.
"Sakitnya hanya ALLAH dan orang yang pernah alami saja yang tahu.
"Alhamdulillah atas bantuan dari Allah, pakar Dr Razifah dan nurse-nurse di Pusrawi juga saya dah sembuh.
"Jutaan terima kasih juga atas doa awak semua yang tak putus-putus untuk saya. Berkat doa awak semua juga menguatkan saya utk terus bertarung di sini.
"Terima kasih juga pada suami saya yang sentiasa bersama saya membantu saya di sini. Pengorbanan suami saya sepanjang saya berada di sini sangat saya sanjungi dan terharu.
"Ahli keluarga yang datang melawat saya juga banyak memberi kekuatan pada saya. Ibu bapa saya juga hari-hari buat solat hajat untuk saya. Alhamdulillah
Azwan Kombos dilihat menjaga isterinya dengan baik sekali dan penuh kasih sayang.
Di ruang komen, ramai yang memebri sokongan kepada pasangan selebriti ini dan memuji Azwan Kombos yang menjaga isterinya dengan begitu baik.
Ramai yang mendoakan agar Ezzaty kembali sembuh. Get well soon Ezzaty! - Berita Memey
Sumber: Instagram Ezatty
0 comments:
Post a Comment