TAHNIAH! Sari Yanti Disahkan Mengandung Anak Pertama


Sari Yanti Sah Hamil

Ini satu berita gembira yang baru diterima tentang pasangan selebriti iaitu pelawak Jep Sepahtu dan juga pelakon popular Sari Yanti.

Akhirnya pasangan ini bakal bergelar ibu bapa apabila pelakon Sari Yanti telah disahkan hamil anak pertama mereka.

Berita yang amat menggembirakan ini telah secara rasmi diumumkan oleh pasangan ini di radio Sinar FM.

Laman media Instagram Sinar FM telah berkongsi kisah yang ditunggu ramai ini petang tadi.

Ini caption Sinar FM di laman Instagram:

"Alhamdullilah Sari Yanti dan Jep Sepahtu berkongsi yang mereka akan menerima ahli baru dalam keluarga. Tahniah ye awak berdua  #JepSari"

Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan jutaan tahniah kepada Jep Sepahtu dan juga Sari Yanti.

Ramai yang menulis tanda kesyukuran di atas berita gembira ini dan ada juga yang mendoakan agar segala urusan mereka berdua selepas ini dipermudahkan.

Sari Yanti Terjumpa Ozlynn Dan Linda Onn 

Sementara itu, di laman Instagram Sari Yanti, pelakon ini memberitahu dia ada terjumpa dengan Ozlynn ketika membuat pemeriksaan kandungannya.

Ini tulis Sari Yanti:

"Alhamdulillah semua baik baik je, tima kasih doakan kami. Kakak awak checkup hari ni - terjumpa Johan dan Ozlynn"

Kemudiannya, Ozlynn turut memuatnaik gambar bersama Linda Onn dan juga Sari Yanti yang mana ketiga-tiga kini sedang hamil.

Ini tulis Ozlynn:

"Bila mak buyong bersatu.. baby Chantiq sibuk je nak join... buat kak Linda Onn semoga dipermudahkan segalanya buat mu.. nanti bagitau eh nak tengok baby comel you.. 

"Dan Sari Yanti,  you plak jangan nak buat perjanjian beranak sebelah katil ngan i okey kat labour room nanti. Semoga yg terbaik buat kita semua aameen"


Linda Onn turut memuatnaik gambar mereka bertiga ketika terserempak semasa membuat pemeriksaan kesihatan kandungan.

Tahniah diucapkan kepada Sari Yanti dan juga Jep Sepahtu! -BeritaMemey

Sumber: IG Sinar / Sari Yanti

0 comments:

Post a Comment