"Saya Rindu Farid Kamil" - Diana Danielle

 
Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil telah menarik perhatian orang ramai di Instagram apabila memuat naik gambar bersama isteri, Datin Diana Danielle dan anak lelaki mereka iaitu Muhammad.

Ini merupakan gambar lama dan merupakan satu throwback dari Farid Kamil.

Farid Kamil, menerusi caption pada gambar tersebut menggunakan pepatah Melayu yang berbunyi 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh' yang seolah-olah memberi gambar berhubung situasi terpaksa dihadapinya sejak akhir-akhir ini.

Menerusi caption yang sama, Farid Kamil turut menggunakan tanda pagar #kamixramai tapi kami ada #X.

Dikatakan #H itu dipercayai merujuk kepada kekuatan hubungannya dengan Diana Danielle dalam mengharungi dugaan yang amat mencabar ini.

Pepatah 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh' membawa maksud; sekiranya kita bersatu dan bekerjasama maka kita akan dapat berjaya atau peroleh kemenangan dan kebaikkan. Tetapi sekiranya kita tidak bersama-sama, berselisih dan bergaduh antara satu sama lain, maka kita akan kalah dan ditimpa musibah.

Sebelum ini, Datuk Farid Kamil menjelaskan hubungannya dengan Datin Diana Danielle baik-baik sahaja dan tidak mempunyai sebarang masalah seperti mana digembar-gemburkan.

Farid Kamil juga menyatakan dia amat bersyukur mempunyai isteri dan anak-anak, Muhammd yang kini berusia 5 tahun dan Aurora, 3 tahun, disisinya.

Dalam pada itu, Diana menerusi InstaStory di Instagram miliknya pula turut meninggalkan kapsyen romantis ditujukan kepada Farid berbunyi 'I miss you @faridkamilz'.

Sementara itu, para peminat dan juga follower Farid Kamil di Instagram rata-rata mendoakan kebahagian rumah tangga pasangan itu diruang komen.

Mereka mahu hubungan mereka akan berkekalan dan sentiasa dalam lindungan Tuhan.

Semoga pasangan ini terus tabah menghadapi ujian kerana setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah disebaliknya.


Bulan Mac ini, Datuk Farid Kamil akan dibicarakan di atas beberapa tuduhan ketika dia dikatakan mengamuk di balai polis bulan lalu. -Berita Memey

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment