Thursday, November 12, 2015

Ini Komen Balas Adira Setelah Bajunya Dikutuk Nabil

Ini Komen Balas Adira Setelah Bajunya Dikutuk Nabil


Minggu lepas, penyanyi Adira merupakan salah seorang peserta jemputan untuk berduet di pentas GegarVaganza. Adira tampil berduet dengan penyanyi Ezad Lazim.

Namun yang menjadi tumpuan, Adira memakai baju seperti jubah dan susah semestinya menjadi bahan kepada pengacara Nabil.

Ini komen Adira tentang hal itu:

"Bagi saya, biasalah usik mengusik bagi memeriahkan lagi suasana. Saya maklum dengan tugas Nabil selaku pengacara dan beliau juga dikenali sebagai pelawak popular.

"Saya tidak terasa hati kerana sememangnya saya menyukai baju yang digayakan pada malam itu. Setiap individu mempunyai cita rasa dan pendapat tersendiri.

"Namun dalam masa sama, saya juga ingin menjaga sensitiviti pereka fesyen yang membuat baju itu. Secara peribadi, saya tidak tersinggung atau terasa hati,"

Nabil memang suka berjenaka, di harap pihak pereka fesyen baju Adira tu tak berkecil hati.

0 comments:

Post a Comment