Tuesday, July 11, 2017

Nah Amik Kau..Setelah Bekas Suami, Akbar Sahari Buat Kenyataan, Kini Giliran Rita Rudaini Pula

Nah Amik Kau..Setelah Bekas Suami, Akbar Sahari Buat Kenyataan, Kini Giliran Rita Rudaini



Semalam agak kecoh apabila bekas suami Rita Rudaini yang membuat laporan polis kerana ada blog membuat berita fitnah tentang dirinya dan juga Rita Rudaini.

Baca kenyataan penuh dari Akbar Sahari (DI SINI)

Kini giliran pelakon Rita Rudaini pula tampil memberi respon.

Rita Rudaini ternyata berang dan bengang dengan blog itu yang telah menyiarkan berita palsu kononnya beliau dan bekas suami, Akbar Sahari yang kembali berbaik dan rujuk.

Pelakon ini meluahkan rasa marahnya di laman IG.

Ini tulisnya:

“Kepada blogger Pisang Cheese ni saya bagi masa dalam 24 jam, kalau tak mohon maaf secara terbuka kepada saya dan keluarga, saya akan saman. Bukan susah nak cari siapa di sebalik blog ini. Saya tak suka cakap banyak dan tak suka maki hamun orang tapi saya seorang wanita berani”

“Dalam masa 24 jam ya. Mohon maaf secara terbuka dan bertulis sekali kepada saya dan keluarga. Tulisan anda telah membuat imej dan maruah saya, keluarga saya dan kedua belah pihak tercalar,” tulisnya menerusi Instagram.




Semalam juga, blogger berkenaan telah membuat permohonan maaf kepada Rita Rudaini.

Untuk pengetahuan, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga dengan Akbar yang juga seorang pengulas sukan terkenal pada 1999 sebelum bercerai pada tahun 2001.

Rita kemudian berkahwin dengan pemain bola sepak  Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 dan telah bercerai pada tahun 2013.

Rita dan Aidil mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan mereka.

0 comments:

Post a Comment