Ini Ganjaran Besar Yang Menanti Pandelela Rinong Dan Cheong Jun Hoong

Ini Ganjaran Besar Yang Menanti Pandelela Rinong Dan Cheong Jun Hoong


Selepas memenangi pingat perak dalam Olimpik bagi cara platform berirama 10 meter wanita, ramai tertanya-tanya apakah ganjaran buat penerjun negara apabila pulang ke Malaysia nanti.

Untuk pengetahuan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong akan berkongsi ganjaran RM600,000 serta pencen bulanan RM3,000 setiap seorang seumur hidup.

Ini merupakan skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik:

EMAS: RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000
PERAK: RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000
GANGSA: RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail telah mengesahkan perkara terbabit. Tahniah buat Pandelela dan juga Jun Hoong.

Semoga skim dan ganjaran ini akan menjadi pemangkin semangat kepada atlet-atlet yang lain juga untuk menyumbang pingat buat Malaysia.

Sumber : Bernama

0 comments:

Post a Comment