Ini Komen Along Cham Setelah Bercerai

Ini Komen Along Cham Setelah Bercerai


Pelawak Along Cham akhirnya sah bercerai dengan Zila Seeron yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia. Mereka bercerai talak satu.

Baca berita perceraian mereka berdua DI SINI.

Selepas bercerai Along telah dikerumuni wartawan dan membuat sedikit komen.

Along Cham selalu memilih untuk mendiamkan diri walaupun dilanda pelbagai kontroversi.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai gambar Smule bekas isterinya bersama seorang lelaki yang tersebar baru-baru ini, Along mengakui tidak mengenali individu tersebut.

Ini komen Along Cham:

JAGA AIB KETIKA MASIH ISTERI

"Saya mendiamkan diri sebelum ini kerana ibu saya selalu berpesan, bila sudah bergelar suami isteri aib rumah tangga perlu dijaga.

"Sudah tentu sebagai suami, saya wajib menjaga aib isteri saya walaupun macam-macam cerita dia buat terhadap saya,"

VIDEO SMULE

"Saya tidak kenal siapa lelaki itu. Cuma saya terkejut kerana melihat keadaan mereka dalam foto itu.

"Apapun saya ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka dan selepas ini Smule pakai baju pengantin mungkin lebih afdal,"

AstroGempak

0 comments:

Post a Comment