Kamal Adli Jelas Punca Sebenar Hubungan Dengan Emma Dingin
Gosip sedang hangat mengatakan hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli sedang dilanda badai ibarat telur di hujung tanduk.
Kini Kamal Adli telah tampil untuk menceritakan masalah yang sedang menimpa mereka berdua.
Pelakon ini mengakui memang terdapat kemelut dalaman antara dirinya dan juga Emma namun bukan kerana orang ketiga.
Sebaliknya ianya berpunca daripada sikap Kamal yang terlepas pandang perkara penting hingga membuatkan teman wanitanya terasa hati.
Ini komennya:
"Apa yang terjadi antara kami tiada kena mengena dengan orang ketiga. Kesalahan patut dituding kepada saya. Sebagai manusia biasa, banyak perkara yang perlu saya perbetulkan. Setiap hubungan juga ada fasa turun naik.
"Saya mohon maaf atas kekhilafan itu. Pastinya saya bukan main-main malah serius dalam perhubungan ini selain ingin memperisterikannya. Fakta yang tidak boleh diubah adalah saya sangat sayang insan bernama Emma Maembong.
"Saya juga tidak mahu hubungan kami berakhir separuh jalan. Hubungan ini akan saya selamatkan selagi terdaya,"
"Saya pun bukan makin muda. Jadi, saya harap yang di luar tidak pantas menghakimi hal ini. Beri masa kepada kami. Saya minta peluang dan doakan yang baik untuk kami berdua,"
Harap hubungan Kamal dan juga Emma Maembong pulih seperti dulu.
Sumber: BH Online
0 comments:
Post a Comment