Beberapa Lelaki Cuba Mengurat Fasha Sandha

Beberapa Lelaki Cuba Mengurat Fasha Sandha


Fasha Sandha memberitahu dia masih belum mahu mencari pengganti selepas bercerai dengan bekas suami Rizal Ashram Ramli pada 20 Januari lalu.

Fasha Sandha bagaimanapun mendedahkan memang ada dirinya didekati oleh beberapa lelaki setelah dirinya single.


Namun, dia mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada kerjaya dan kedua orang anaknya iaitu  Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

Tentang anak-anak, pelakon ini bersyukur anak-anaknya tidak menimbulkan banyak masalah dan meragam sepanjang dia keluar bekerja.

Ini komennya:

LELAKI CUBA DEKATI

"Ada beberapa lelaki yang cuba ingin berkawan dan saya selesa untuk berkawan sahaja dengan mereka,"


"Bukan mudah untuk cari pengganti pada ketika ini saya hanya mahu fokus kepada anak-anak yang sedang membesar sahaja kerana itu lebih penting.

ANAK JARANG SAKIT

"Alhamdulillah mereka jarang sakit dan seperti tahu ibunya sedang bekerja. Mereka juga tidak ada bertanya tentang bapanya, mungkin mereka lebih dekat dengan saya sejak kecil,"


Untuk pengetahuan, Fasha dan Rizal mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 dan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan pada 20 Januari lalu.

0 comments:

Post a Comment