Tulis Surat Untuk Uqasha, Da'i Wan Pula Dikecam

Tulis Surat Untuk Uqasha, Da'i Wan Pula Dikecam




Semalam, seorang pendakwah muda iaitu Da'i Wan telah menulis satu surat khas buat Uqasha Senrose. (BACA SINI)


Namun, nampaknya tindakan Da'i Wan itu ada yang tidak bersetuju kerana dilihat seperti cuba mengurat Uqasha.


Seorang wanita bernama Khairunisa yang juga Ketua Beliawanis, telah membalas surat terbuka kepada Da'i Wan.


Ini suratnya:

SURAT TERBUKA KEPADA SAUDARA WAN DAZRIN

Lewat malam semalam saudara menulis sebuah karangan panjang mengenai satu luahan perasaan (bagi saya ia bukan mesej dakwah jika anda mendakwa begitu) yang kononnya mengajak wanita tersebut untuk istiqamah bertudung.

Oleh kerana saudara adalah public figure yang menjadi perhatian umum dan menggelar diri sebagai seorang Da'i (pendakwah), saya tuliskan surat terbuka ini bagi menyampaikan kekesalan atas tindakan saudara.

Saya keliru sebenarnya saudara cuba menyampaikan mesej dakwah pada wanita berkenaan atau sedang mengorat, memancing cinta wanita berkenaan atau mencari perhatian netizen.

Jika saudara ingin menyampaikan dakwah, mesej yang anda ingin sampaikan tidak mencapai maksud yang sebenar.

Kerana ia lebih kepada nada memujuk dan merayu kepada wanita yang bukan mahram, dengan kata-kata yang tidak matang dan ayat-ayat yang tidak sesuai sehingga mengundang fitnah yang sangat buruk. Fitnah bahawa pendakwah boleh mengambil pendekatan itu dengan tiket untuk berdakwah.

Netizen melihat ia sesuatu yang tidak salah, malah menggalakkan. Sedangkan di dalam Islam ada batasan akhlak dan syari'at yang memandu method dakwah yang suci dari kehendak nafsu atau manfaat peribadi.

Ia agak keterlaluan bila anda sampaikan di medium umum dan menyeru netizen untuk viralkan. Saudara boleh berfikir dengan matang apa yang saudara tuliskan itu sebenarnya menyampaikan maksud sebenar atau sekadar mencari perhatian netizen.

Saya kesal dengan akhlak dan tindakan saudara yang mencemarkan imej seorang Muslim yang ingin berdakwah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat untuk menyampaikan dakwah tidak menghalalkan anda menulis ayat-ayat sedemikian yang tidak layak bagi seorang Da'i.

Oleh yang demikian, dengan penuh rasa hormat saya menyeru saudara untuk DELETE semua surat cinta saudara yang bertopengkan agama tersebut di semua saluran Facebook, Twitter dan mana-mana medium agar fitnah ini tidak jauh tersebar.

Bertakwalah kepada Allah.

Semoga Allah mengampunkan dosa saya, saudara dan seluruh netizen.

#talbisiblis
#daimilenia

Khairunnisa binti Mazlan
Ketua Beliawanis
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)


Dilihat banyak juga yang menyokong surat dari Khairunnisa ini.

0 comments:

Post a Comment