Tiada Makanan, Tiada Pelamin: Majlis Perkahwinan Terpaksa Dibatalkan

Majlis Perkahwinan Terpaksa Dibatalkan Kerana Syarikat Katering 




Satu kisah menjadi viral apabila majlis perkahwinan yang dirancang terpaksa dibatalkan. Puncanya adalah kerana sikap dari syarikat katering yang menghilangkan diri.

Kes ini dikecam orang ramai  kerana sikap katering tersebut amat memalukan dan merosakkan perancangan ahri bahagia pasangan pengantin malang itu.

Pasangan pengantin bernama Ain dan Nizam ini terpaksa menanggung kerugian dan juga menanggung malu yang amat besar ekoran pembatalan majlis perkahwinan mereka.

Jom baca perkongsian dari rakan pengantin tersebut:

Assalammualaikum ...

Mohon jasa baik sekiranya cerita saya ini dapat dikongsi kepada para pembaca semua. Bukan tujuan untuk mendapatkan publisiti jauh sekali untuk mengaibkan sesiapa. Atas kebenaran daripada empunya diri serta rasa belas ihsan seorang kawan, saya mengharapkan cerita ini dapat diviralkan untuk menjadi pengajaran kepada semua supaya perkara sebegini tidak akan berlaku kepada orang lain yang sedang merancang untuk menempuh hari bahagia mereka.

Alkisahnya, tanggal 6/8/2016 sepatutnya merupakan hari yang paling gembira buat pasangan pengantin, Ain dah Nizam. Saya sebagai kawan Ain turut tidak terkecuali untuk dijemput hadir bagi menyambut hari bahagia mereka itu.

Namun, segalanya bertukar menjadi tanda tanya sebaik sahaja saya tiba di luar dewan yang sepatutnya menjadi lokasi majlis perkahwinan mereka pada hari ini.

Dewan yang seharusnya meriah dengan suasana majlis serta kehadiran ramai tetamu sebaliknya nampak suram dengan hanya beberapa buah kereta yang diparkir di luar dewan.

Apabila diteliti, ada beberapa keping kertas yang digantung di pagar dewan berserta tulisan 'HARAP MAAF...MAJLIS PERKAHWINAN AIN & NIZAM DIBATALKAN...'.

Niat ingin terus beredar segera dibatalkan kerana terlihat kelibat pasangan pengantin di perkarangan dewan dengan hanya memakai pakaian biasa sahaja. Beberapa orang lain turut berkumpul di perkarangan dewan tersebut dengan wajah yang sunggul.

Langkah kaki diatur juga memasuki perkarangan dewan tersebut. Kelihatan ibu pengantin perempuan sedang duduk lesu di atas kerusi sambil ditenangkan oleh beberapa wanita berusia yang lain.

''Apa yang berlaku??'' Terus sahaja saya bertanya kepada Ain tanya memberi sebarang mukadimah atau salam.

Ain memeluk saya dan berulang kali memohon maaf kerana tidak sempat untuk memberitahu saya tentang pembatalan majlis perkahwinan tersebut. Saya cuba menenangkan Ain yang tidak dapat menahan diri daripada menangis.

Menurut Ain, majlis tersebut dibatalkan kerana pihak catering tidak hadir seperti yang dijanjikan. Bukan itu sahaja, hampir keseluruhan majlis tersebut sepatutnya disediakan oleh pihak catering termasuklah pakej pelamin.

Lebih menyedihkan apabila pengurus catering itu juga gagal dihubungi dan langsung tidak dapat dikesan pada pagi sebelum majlis perkahwinan tersebut.

Sejumlah wang anggaran RM10k yang dilaburkan kepada pihak catering hilang begitu sahaja. Itu tidak termasuk kerugian-kerugian lain yang terpaksa ditanggung kerana majlis tersebut dibatalkan. Walhal sehari sebelum majlis perkahwinan, pengurus catering itu masih dapat dihubungi seperti tiada perkara buruk yang bakal terjadi.

Sudahlah tiada majlis perkahwinan, pihak pengantin dan keluarga juga terpaksa menebalkan muka dan menanggung malu apabila terpaksa menerangkan perkara sebenar kepada para tetamu yang tidak putus-putus datang dari jauh kerana tidak tahu mengenai berita pembatalan majlis di saat-saat akhir itu.

Selepas disoal selidik, catering yang dipilih oleh pasangan pengantin itu digelar sebagai Purple Lavender Catering Services yang khabarnya dimiliki oleh sepasang suami isteri Melayu dan dikenali perkhidmatan mereka melalui media sosial Facebook.

Susulan daripada peristiwa itu, pihak pengantin akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak catering tersebut termasuklah membuat laporan pihak polis serta menfailkan saman kerugian kepada pihak yang terlibat.

Mohon dapat menyiarkan perkongsian cerita saya di atas..

Terima kasih...

Harap kes ini disiasat pihak berkuasa agar tiada lagi pihak lain yang terkena.

0 comments:

Post a Comment