Malaysia Raih Pingat Perak Menerusi Pandelela Rinong Dan Jun Hoong

Malaysia Raih Pingat Pertama


Malaysia membuat kejutan di sukan Olimpik apabila penerjun negara Pandelela Rinong dan Jun Hong mendapat markah ke tertinggi sekaligus meraih pingat

Mereka bersaing di dalam kategori "women's synchronised 10m platform" yang sememangnya dikuasai oleh juara dunia dari China.

Persaingan sengit antara pasukan Malaysia ini adalah dari Korea Utara, Mexico dan juga Great Britain.

Terjunan keempat dari Pandelela dan juga Jun Hoong ternyata amat hebat, medapat tepukan gemuruh dari penonton sekaligus markah yang tinggi dari juri.

Jun Hoong berjaya menebus kekecewaan apabila sebelum ini tewas dalam markah yang sedikit bersama Nur Dhabitah Sabri, dalam acara 3 meter papan anjal seirama pada 7 Ogos yang lalu.

Ini merupakan satu kejutan yang amat menggembirakan para atlet, kem Malaysia dan juga jutaan rakyat Malaysia.

Tahniah buat Pandelela dan juga Jun Hoong. Malaysia Boleh !!!


0 comments:

Post a Comment