"Kami masih suami isteri.." - Dato Vida Ulas Perkahwinan Dikatakan Retak
Dato Vida telah tampil membuka mulut untuk mengulas tentang isu rumah tangganya yang dikatakan sedang retak menanti belah.
Datuk Vida berkata suaminya, Fairuz memang jarang berada di sampingnya kerana dia sibuk bekerja sebagai ejen insurans.
Selain itu, suaminya juga tidak selalu mahu bergambar sebab itu gambarnya kurang berada di dalam IG Dato Vida.
Ini komennya:
KERJA EJEN INSURANS
"Kami masih suami isteri..bahagia macam dahulu"
"Orang kata suami saya tidak perlu bekerja selepas berkahwin dengan saya tetapi dia bukan jenis lelaki yang suka menumpang kesenangan hasil perkahwinan kami.
"Walaupun kami sudah berkahwin, dia masih setia dengan kerjaya yang diceburinya sejak 10 tahun lalu. Saya pun tidak halang dia. Kadang kala dia akan jumpa klien kalau saya ada program di Kuala Lumpur,"
TAK SELALU DALAM GAMBAR
"Baru-baru ini kami sekeluarga bercuti bersama rakan-rakan di Royal Belum Resort, suami saya ada sekali. Kami ada bergambar bersama cuma dia tak selalu ada dalam video yang saya rakam untuk dikongsi bersama peminat.
"Kalau saya ajak bergambar, dia amat sporting tapi dia tak adalah nak sentiasa ada dalam gambar atau video yang saya ambil. Jika kebetulan saya rakam video suami ada pada waktu itu, dia pun akan beri kerjasama. Suami saya memang tahu saya suka selfie dan rakam video untuk tatapan peminat,"
ANAK
"Sebagai pasangan suami isteri sudah tentu kami mahukan anak menerusi perkahwinan ini. Namun rezeki masih belum ada lagi. Dengan adanya zuriat saya percaya ia mampu menguatkan lagi hubungan kami sebagai suami isteri,"
Fairuz merupakan suami ketiga Dato Vida dan mereka masih belum dikurniakan anak bersama.
0 comments:
Post a Comment