Saharul Ridzwan Nikah 16 September

Saharul Ridzwan Nikah 16 September


Pelakon popular Saharul Ridzwan  bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hatinya, Qaabila Deena Emir pada 16 September depan.

Menerusi Astro Gempak, satu laporan menunjukkan kiriman kad undangan perkahwinan pelakon itu yang telah diterima.

Saharul sering merahsiakan identiti bakal isterinya, namun selepas melihat kad undangan itu, ternyata wanita tersebut merupakan kekasih lama yang pernah putus ditengah jalan, dan kini mereka bersatu semula.

Namanya ialah Deena Emir juga merupakan usahawan atas talian yang juga pemilik Wrap Boutique House.

Ini koleksi gambar Deena Amir yang cun melecun (KLIK SINI)

Majlis perkahwinan Saharul dan bakal isterinya bakal diadakan di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya.

Semoga segala urusan pasangan ini dipermudahkan dan berjalan lancar.


0 comments:

Post a Comment