3 Gambar Terkini Uqasha Senrose Tak Lagi Berhijab

3 Gambar Terkini Uqasha Senrose Tak Lagi Berhijab


Uqasha Senrose baru-baru ini telah membuat pengumuman tidak lagi berhijab dan membuka tudungnya.

Dalam gambar terbaru, Uqasha Senrose ada bergambar bersama adik beradiknya Nelydia dan Rasya dan seorang lelaki.

Ternyata Uqasha Senrose tidak lagi bertudung dan rambutnya juga sudah diwarnakan perang.

Ketika ditemubual oleh wartawan BH, Uqasha Senrose mengenakan selendang dengan menampakkan sedikit rambutnya itu.

Dalam temubual sebelum ini, Uqasha mengatakan dia tidak mahu lagi terus hipokrit dan menjadi munafik dengan mengenakan tudung.

Malah pelakon ini bersedia untuk dikritik oleh orang ramai.

Ini komennya:

"Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik”

“Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang. Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup”

“Tetapi sebaliknya yang terjadi. Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,”

“Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan"


Ini beberapa gambar terkininya:



2 comments:

  1. Semoga ruang dan masa yg ada ini..berfikirlah...soal ujian x akan hilang selagi kita bernafas..bertudung itu wajib..apatah lg mempertahankan adalah lambang keimanan diri..kekuatan diri perlu dipupuk..kerana itu Allah mendtgkan ujian..saya x mahu komen @ marah kpd Uqasha..

    ReplyDelete
  2. sumpah !! kalo dapat dah x carik lain dah

    ReplyDelete