Respon Balas Menteri Besar Terengganu Atas Dakwaan Azizulhasni Awang

Respon Balas Menteri Besar Terengganu Atas Dakwaan Azizulhasni Awang


Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman mengarahkan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) menyiasat segera dakwaan atlet berbasikal, Azizulhasni Awang.

Azizulhasni sebelum ini yang melahirkan rasa kecewa dengan MB Terengganu kerana dikatakan mengabaikan kebajikan beliau.

Baca kenyataan Azizulhasni DI SINI.

Menurut Ahmad Razif, permintaan Azizulhasni untuk meminta bantuan itu langsung tidak sampai ke pengetahuannya.

Ini responnya:

"Setakat ini, saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini (dakwaan Azizulhasni) dan kena tunggu hasil siasatan terlebih dahulu.

"Jika betul dengan apa yang didakwa ini kita amat kesal dengan perkara yang terlepas pandang ini.

"Malah, ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan Terengganu sentiasa memandang serius dalam bidang sukan dan akan memastikan kebajikan mereka dijaga dengan sebaiknya,"


Azizulhasni mencipta sejarah apabila berjaya meraih pingat gangsa di sukan Olimpik Rio sekaligus membuka mata ramai pihak tentang kehebatan pelumba basikal malaysia itu.

1 comments: