Respon Balas Emma Maembong Terhadap Komen Fathia Latiff

Respon Balas Emma Maembong Terhadap Komen Fathia Latiff


Pelakon yang juga kekasih Kamal Adli iaitu Emma Maembong telah memebri respon setelah Fathia Latiif membuat kenyataan baru-baru ini.

Fathia Latiff  memberi komen dia bukan orang ketiga dalam hubungan Kamal dan juga Emma sehingga pasangan kekasih itu mempunyai masalah.

Ini komen penuh Fathia Latif (BACA SINI)

Kini Emma Maembong pula membuka mulut dan membalas komen Fathia itu. kata Emma dia tidak pernah membangkitkan isu orang ketiga.

Emma juga terkejut apabila kredibilitinya sebagai seorang pelakn dibangkitkan.

Ini komen Emma:

"Selaklah mana-mana akhbar, majalah atau portal. Selama ini saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai adanya pihak ketiga. Saya sendiri tidak tahu bagaimana boleh tercetusnya kontroversi sebegini. 

"Lebih mengejutkan apabila kredibiliti dan profesionalisme sebagai pelakon juga dibangkitkan. Rasanya lebih wajar sekiranya persoalan ini diajukan sendiri kepada tuan punya badan iaitu Fathia dan Kamal. 

"Mengenai hubungan saya dan Kamal Adli, biarlah saya memilih untuk tidak merumitkan lagi keadaan. Apa pun saya pernah cakap sebelum ini, sebarang keputusan perlu dibincangkan bersama Kamal,"

Sumber: Rotikaya

0 comments:

Post a Comment