Zara Zya Dikejarkan Ke Hospital Lagi



Baru-baru ini, Zara Zya ada menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipinya sekitar Julai lalu.

Semalam, sekali lagi pelakon Zara Zya masuk hospital lagi!

Zara Zya menerusi Instagram miliknya memberitahu kaki dan bahagian tulang belakangnya tiba-tiba berasa sakit sehingga menyebabkan dia sukar untuk berjalan.

Berasa panik dengan keadaan itu kerana dia tidak boleh berjalan, dia segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Zara Zya juga terpaksa membatalkan hasratnya untuk ke lokasi penggambaran.

Dalam pada itu, pelakon jelita ini mendedahkan keadaan itu mungkin berlaku disebabkan sikapnya sendiri yang gemar memakai kasut bertumit tinggi setiap masa.

Ini komen Zara Zya tentang kesihatannya:

"Kejadian semalam... Bila terjaga waktu pagi, kaki dengan tulang belakang saya sakit sangat. Tak boleh jalan.

"Hasrat nak pergi shooting tergendala. Gementar masa tu Allah je tahu,"

"Sebabnya ialah hari-hari pakai kasut tumit tinggi, shooting pakai, masa jalan-jalan pakai.

"Nahhh Allah tarik nikmat untuk seketika. Sekarang ini saya nak ingatkan semua para gadis, para wanita tolonglah kurangkan pakai kasut bertumit tinggi,".



Sementara itu, Zara Zya berkata keadaannya kini sudah pun beransur pulih dan telah pun dibenarkan keluar dari hospital.

Pda Julai lalu, Zara Zya mengejutkan orang ramai dan industri seni hiburan apabila menjalani pembedahan yang memakan masa selama tiga jam ekoran ketumbuhan pada bahagian tepi pipinya yang boleh menyebabkan barah.


(TERKINI) Ini Kenyataan Rasmi Rozita Che Wan Tentang Isu Sedang Hamil Anak Kedua


Pelakon Rozita Che Wan terpanggil untuk memberi kenyataan setelah tersebar berita mengatakan dia kini sedang hamil anak kedua.

Dari beberapa portal hiburan, ada pihak yang memberitahu bahawa Rozita Che Wan kini sedang hamil 2 bulan.

Berita ini dikuatkan lagi dengan status dari rakan baiknya Annas Easkey yang menggambarkan Aaisyah Dhia Rana bakal dapat adik.

ISU SEDANG MENGANDUNG

Oleh kerana isu ini hangat diperkatakan, akhirnya Che Ta tampil memberi kenyataan.

Rozita Che Wan yang mesra disapa Che Ta berkata, sekarang dia TIDAK HAMIL dan jika benar dia hamil, dia sendiri teruja untuk berkongsi berita gembira itu dengan peminat dan pihak media.

Che Ta tahu ramai peminat setianya mahu dia dan Zain dapat anak lagi tetapi buat masa sekarang, dia belum bersedia untuk menambah bilangan anak.

Ini kenyataan dari tuan punya badan, Rozita Che Wan:

"Saya tak hamil, semua itu usikan saja. Kalau betul hamil, saya tak akan sembunyikan perkara yang baik"

"Mungkin kerana badan saya sedikit berisi, ada yang ingat saya hamil. Saya lebih percaya kepada kualiti berbanding kuantiti.

"Buat masa ini cukuplah dengan tiga anak dulu. Saya mahu berikan yang terbaik kepada mereka termasuk pendidikan. Kalau ada anak ramai tetapi tak mampu nak membahagiakan mereka pun tak seronok juga,"

Rozita Che Wan berkahwin dengan pelakon Zain Saidin pada Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang comel iaitu, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tiga tahun.

Menerusi perkahwinan pertama, Che Ta mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan juga Aniq Ezzra.

KISAH TAJA ORANG KE UMRAH

Sementara itu,  Rozita Che Wan juga akui sudah tiga kali menaja 30 penduduk kampung di Alor Setar, Kedah yang kurang berkemampuan menunaikan umrah.

namun sebenarnya, selain menaja orang kampung, dia turut menghantar adik-beradik, saudara-mara dan kakitangan syarikatnya untuk menunaikan umrah terlebih dahulu.

Kata Che Ta, dia sekadar ingin berkongsi rezeki dengan mereka yang belum berkesempatan menunaikan umrah.

Ini penjelasannya:

"Pada 2014 saya menaja 10 orang menunaikan umrah. Apabila ada rezeki lebih lagi, saya teruskan perkara sama. Saya jadi seronok melihat orang lain gembira dapat buat umrah.

"Insya-Allah, tahun ini saya perlu bertanya dan mencari mereka yang betul-betul layak. Kalau boleh saya mahu mereka dalam kalangan keluarga susah"  .

"Sebelum menaja orang kampung, saya jalankan tanggungjawab ini kepada saudara-mara terdekat dahulu.

"Mula-mula saya taja adik-beradik seibu sebapa. Kemudiannya adik-beradik daripada tiga ibu tiri, rakan dan kakitangan syarikat. Saya berasa puas apabila dapat berkongsi rezeki ini bagi sama-sama merasai nikmat mengerjakan umrah buat pertama kali"

Isteri kepada  Zain Saidin ini berharap niat murninya itu tidak disalah anggap orang ramai dengan menyifatkan dia ingin menunjuk-nunjuk atau bersikap riak.

Apa dilakukan Che Ta sekadar perkongsian yang boleh mendidik orang lain melakukan perkara sama sekiranya mereka berkemampuan.

SELALU KENA TIPU

Selain itu, ada juga cerita tidak best yang melanda Che Ta. Sebagai usahawan, Rozita Che Wan memang akui mudah ditipu dan diperdaya.

Sebelum ini Che Ta telah ditipu seorang ahli perniagaan bergelar Datuk membabitkan RM50,000.

Ini komennya:

"Kehidupan saya sekarang dikelilingi orang yang suka menipu. Mereka ini terlalu ramai sehingga sukar nak dikenal pasti. Disebabkan duit, mata mereka mudah dikaburi sekelip mata.

"Mungkin disebabkan saya terlalu baik dan cepat percayakan seseorang membuatkan mereka boleh mengambil kesempatan bila-bila masa. Saya pula jenis yang lembut hati. Jadi, apabila sering terkena saya mulai ambil langkah berhati-hati"

Itulah perkembangan terkini tentang Rozita Che Wan.

Sumber: Metro

Gambar Tersebar, Datuk Salim Akhirnya Tampil Beri Kenyataan Tentang Status Hubungan Dengan Emma Maembong



Baru-baru ini ada tersebar kisah mengatakan seorang VIP telah rapat dengan pelakon Emma Maembong setelah pelakon itu umum berpisah dengan Kamal Adli.

Gambar VIP itu telahpun tersebar dan individu berkenaan ialah Datuk Salim Rahman, seorang ahli perniagaan.

Setelah berita tersebar dengan cepat, ahli perniagaan Datuk Salim Rahman menjelaskan hubungannya dengan Emma Maembong hanya sekadar kawan.

Datuk Salim juga mengatakan dia mula mengenali Emma Maembong menerusi keluarganya.

Dia juga mengatakan dia mengenali Emma Maembong sejak beberapa bulan lalu daripada abang ipar aktres berkenaan.

Ini komen Datuk Salim Rahman:

"Saya rapat dengan dia dan keluarganya boleh dikatakan seperti "family friend" dan mengenali dia daripada abang iparnya.

"Namun belum ada hubungan istimewa jauh lagi sudah melamar dia seperti di dakwa,"

Datuk Salim berkata demikian menjelaskan kaitannya dengan Emma Maembong yang didakwa mempunyai hubungan rapat.

Tambah Datuk Salim lagi, dia tidak pernah keluar berdua bersama aktres itu, sebaliknya secara beramai-ramai.

Ini jelasnya:

"Kami tidak pernah keluar berdua, jika keluar pun secara beramai-ramai dengan ahli keluarga lain atau dengan kawan-kawan yang rapat,"

Menjelaskan foto yang dimuat naik Emma ketika di karnival Mood Republik Tour di Kota Kinabalu, Sabah, Datuk Salim berkata, dia juga sebenarnya terlibat di karnival berkenaan.

Ini komennya:

"Saya tidak menemani Emma ke Sabah, sebaliknya saya terlibat dengan karnival berkenaan juga,"

Terdahulu, dunia hiburan pada Rabu dikejutkan apabila Emma Maembong mendedahkan hubungannya dengan Kamal Adli sudah putus.

Keretakan hubungan tersebut juga dikaitkan dengan pelakon Duda Pujaan Dara iaitu Zahirah MacWilson.

Bagaimanapun, Zahirah yang berang namanya dikaitkan tampil mendedahkan mesej perbualannya dengan Kamal Adli bagi membersihkan nama dan imej yang dikatakan menjadi orang ketiga.

Kemudian timbul pula kisah bahawa Emma Maembong kini rapat dengan seorang VIP.

Setelah Kantoi Teruk, Kamal Adli Dalam Keadaan Tertekan, Ini Respon Balasnya



Industri hiburan kini dihujani dengan kontroversi panas melibatkan pelakon Emma Maembong, Kamal Adli dan pelakon Zahirah MacWilson.

Setelah Emma Maembong dan Zahirah Macwilson membuat kenyataan, ternyata Kamal Adli dilihat sebagai seorang lelaki yang kantoi melakukan sesuatu di belakang kekasih.

Emma semalam mengesahkan hubungan dengan Kamal Adli telah putus kerana ditipu aktir tersebut.


Zahirah Macwilson pula mengamuk kerana namanya dilibatkan oleh Kamal Adli dan dikatakan menjadi badut tentang masalah melanda Emma dan Kamal.

Semalam Emma akui ada berjumpa dan duduk berbincang dengan Kamal Adli, Zul Ariffin dan juga Zahirah Macwilson.

Dan untuk tidak menjadikan masalah itu lebih rumit, Emma Maembong mengambil pendekatan memutuskan hubungannya dengan Kamal sebagai jalan terbaik.

Kini setelah dua pelakon wanita membuka mulut mededahkan apa yang berlaku, wartawan cuba mendapatkan penjelasan dari pihak Kamal Adli pula.

Ternyata pelakon ini tertekan dan enggan melayan isu berkaitan hubungannya dengan Emma Maembong yang dikatakan sudah putus.

Malah, Kamal meluahkan rasa tidak faham tindakan pelakon gandingannya dalam drama Duda Pilihan Dara itu bertindak mengeruhkan lagi keadaan.

Bagaimanapun, Kamal berkata, orang ramai boleh menilai sendiri perkara berkenaan.

Ini penjelasan dari Kamal Adli melalui mStar:

"Entahlah saya sudah penat gila, saya malas nak komen dan layan perkara ini kerana ia akan jadi lebih buruk.

"Isu ini sepatutnya sudah selesai sebab kami semua sudah berjumpa minggu lalu,"

"Saya tidak tahu mengapa Zahirah bertindak demikian. Tapi biarlah, saya pun sudah penat biar orang ramai menilainya sendiri.

"Saya tidak perlu komen kerana perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja,"


Itulah penjelasan dari pihak Kamal Adli.

(PANAS) Zahirah Macwilson Mengamuk, Dedah Mesej Whatsapp Dengan Kamal Adli


Semalam Emma Maembong telah mendedahkan segala-galanya kepada media. Pelakon ini memberitahu bahawa dia dan Kamal Adli telahpun berpisah. Hubungan mereka telapun putus.

Dalam memberi kenyataan, Emma Maembong juga mendedahkan bahawa Kamal Adli ada menyembunyikan beberapa perbuatan seperti menonton wayang, karaoke dengan Zahirah Macwilson.

Ternyata Emma Maembong berang apabila perkara ini dirahsiakan dan disembunyikan darinya.

Apabila nama Zahirah Macwilson terpalit sama, pelakon ini pula dilihat berang dan mendedahkan perbualan dengan Kamal Adli.

Ini tulis Zahirah Macwilson kepada Kamal Adli:
 
Petik nama orang pandai, kencing GF pandai, cover kesalahan sendiri kat media pandai, kutuk kawan baik pandai.. If you can't be professional don't drag people to your mentality.

Jangan disrespect nama orang, kerja orang dan life orang. Jadi matang sikit dan jangan nak perasan lebih. Fokus kat kerja instead of jahanam kan image orang. Tak pasal pasal disebabkan kerje banggang mcm ni, orang lain nampak teruk. Stop the storytelling.

Pagi-pagi buta dah kena hadap benda benda macam ni. Apologies to both parties & stay the heck outta my way.

Ini beberapa gambar yang dimuatnaik oleh Zahirah Macwilson yang berang dengan Kamal Adli.

Jom baca:
















Itulah pendedahan dari Zahirah Macwilson. Sekarang ini kita tunggu penjelasan dari Kamal Adli pula tentang isu ini.

'Hubungan kami putus' - Emma Maembong Dedah Perangai Kamal Adli, Zahirah


Akhirnya perkara melibatkan masalah perhubungan antara Emma Maembong dan Kamal Adli semakin jelas apabila Emma Maembong membuat pengakuan eksklusif.

Emma Maembong telah mengesahkan hubungan cinta dengan Kamal Adli telahpun berakhir.

Pelakon jelita ini juga menerangkanapa sebenarnya yang berlaku ke atas hubungannya dengan Kamal Adli.

Emma Maembong juga tidak menolak dakwaan pelakon Zahirah Macwilson menjadi punca keretakan hubungan cintanya bersama Kamal.


Ini penerangan Emma Maembong:

"Saya sudah tahu siapa Kamal yang sebenarnya dan hubungan kami putus."

"Untuk berkawan saya tak kisah, tapi untuk bercinta memang tak kot"

"Rasanya cukuplah sampai di sini. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak. Malah, ada yang menganggap saya cemburu buta.

"Sebagai pelakon, semestinya saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, 'chemistry' yang tercipta antara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi.

"Kalau betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu? Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain,"

"Habis berlakon habis, tapi bila habis shooting dorang masih contact, tengok movie sama sama, pergi karaoke, keluar diam diam dan saya tak tahu.

"Bila tanya ada keluar dengan Zahirah, dia tak nak mengaku, kenapa dirahsiakan. Bila kantoi baru nak minta maaf"

Emma Maembong ternyata kecewa apabila kepercayaan yang diberi dimusnahkan begitu saja.

Emma mendakwa, dia tidak menuduh tanpa bukti, malah tiada batu api seperti yang didakwa oleh Kamal Adli.

Sebaliknya apa yang dibuat oleh Kamal Adli dan Zahirah Macwilson menjadi lebih rumit apabila mereka memilih menuding jari kepada pelbagai pihak.

Ini komen Emma Maembong lagi:

"Tiada sesiapa yang menjadi batu api dalam perkara ini. Semestinya teman rapat mahukan yang terbaik untuk saya dan tidak mahu melihat saya sering dikecewakan.

"Kami berempat (Emma, Kamal, Zahirah dan Zul Ariffin) duduk berbincang mengenai isu ini. Rasanya tidak perlu merumitkan keadaan dan lebih matang jika Kamal dan Zahirah mengakui kesilapan mereka,"

Itulah komen Emma Maembong yang memberitahu hubungannya dengan Kamal Adli telahpun berakhir.

"Mengarut, Kebodohan Melampau!" - Suria FM Dikecam Bawa Mona Syamimi Ke Konti



Nama Mona Syamimi memang sedang meletup-ltup. Kisahnya ada merata rata di laman media sosial dan juga laman media arus perdana.

Populariti Mona Syamimi membuatkan radio Suria FM terpanggil untuk membawa pramugari ini ke konti.

Apabila laman Facebook Suria FM memuatnaik foto Mona Syamimi di konti, ramai pendengar yang meluahkan ras tak puas hati. Memang teruk radio ini dikecam orang ramai.

Kebanyakkan merasakan tidak patut Suria memanggil Mona Syamimi ke konti dan bersiaran memandangkan dia tiada kena mengena dengan industri seni hiburan tanah air.

Rata rata merasakan radio Suria FM sudah hilang arah tuju dan matlamat serta hanya mahu mengejar rating sahaja.

Ini antara komen yang ditulis:

"Apa faedahnya pihak Suria FM panggil org itu ke konti.....pelik dgn suriafm apakah matlamat pihak penerbit sebenarnya...untuk rating ker? Atau nak bunuh karier orang,suriafm...dia tu bukan org seni pun cuma nak jadi glamour spt artis...dia tu hanyalah pelayan kapalterbang shj tak lebih drp itu...lately suria fm dah melalut daripada matlamat asal stesen radio...

"Kemonlah suria. Kenapa la nk jmput orang yg takde guna dalam industri. Kena jadi macam dia ke baru dapat masuk konti, tu baru kacau org yg belum kahwin, kalau dah kacau laki orang, takkan nak panggil jugak. Panggil la artis baru nak up pun takpe.

"Suria FM ni mengarut. Suka jemput2 bodoh mcm ni. Masuk ni da kali keberapa suria jemput makhluk2 cmni. Banned jela. Mls support radio ni.

"Haa ade kebodohan melampau lagi hahaha..radio bongok ni dh boleh join venture dgn harian metro jd bodo bersama2..jenis nk naikan rating je..tetamu nan hadoo..

Ini antara komen yang ditulis:







Ini Jawapan Erra Fazira Apabila Shahir Mahu Nikahinya Tahun Depan



Sejak kes bersama pramugari, Mona Syamimi tersebar, Shahir akhirnya membuat pengumuman mahu nikahi Erra Fazira pada tahun depan.

Apabila tamat final AF Megastar, Shahir sekali lagi menyatakan hasratnya untuk meneruskan niat mengahwini Erra Fazira pada awal tahun 2018.

Wartawan ada bertanya kepada Erra Fazira tentang hal ini. Erra Fazira tidak mengiyakan atau menidakkan kenyataan Shahir itu.

Pelakon yang popular menerusi filem Sembilu dan Maria Mariana ini  telah memberitahu bahawa hubungan mereka berdua ketika ini baik-baik sahaja, dan meminta semua orang mendoakannya.


Ini jawapan Erra Fazira:

HUBUNGAN BAIK
"Hubungan kami masih baik dan doakan segalanya yang terbaik buat kami. Semoga yang baik juga akan bersama dengan orang yang mendoakan kebaikan itu. Saya juga tidak berhasrat untuk memberi komen panjang dan membentangkan secara terperinci mengenai hubungan saya dengan Syahir. Cukuplah saya beritahu secara ringkas"

ISU MONA SYAMIMI
"Saya sudah dimaklumkan oleh Shahir sendiri mengenai isu itu. Selain itu, saya juga ada bertanya pandangan teman-teman dalam industri seni serta mereka yang prihatin berkaitan isu terbabit. Justeru, sedikit-sebanyak saya faham permainan dan sepak terajang dunia hiburan tanah air"

SEBAHAGIAN PANCAROBA KEHIDUPAN
"Saya juga tidak mahu komen lebih-lebih kerana ia hanya akan memanjangkan isu yang tidak ada hala tuju itu. Saya percaya semua orang melalui gelombang hidup dan mempunya sisi cerita tersendiri. Ini adalah sebahagian cerita dalam kehidupan kita"

Itulah komen Erra Fazira. Semoga hubungan Shahir AF dan juga Erra Fazira semakin teguh setelah banyak dugaan yang berlaku. Memang ramai yang tak sabar untuk melihat Erra Fazira dan Shahir naik pelamin.

Aaisyah Dhia Rana Dapat Adik.. Rozita Che Wan Mengandung Anak Kedua Bersama Zain Saidin?



Pasangan sama cantik sama padan Rozita Che Wan dan Zain Saidin mempunyai anak comel bernaam Aaisyah Dhia Rana.

Aaisyah Dhia Rana kini merupakan antara bayi paling popular di Malaysia dan mempunyai ramai peminat tersendiri.


Kini Aaisyah Dhia Rana telah berusia hampir 3 tahun, ramai tertanya-tanya bila Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta nak tambah seorang lai cahaya mata.

Memang ramai yang ternanti-nanti untuk melihat Aaisyah Dhia Rana dapat adik.

Nampaknya perkhabaran ini semakin menjadi nyata. Yang terbaru, jurugambar dan juga teman rapat Che Ta, iaitu Annas Easkey menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat adik Aaisyah Dhia Rana.

Annas Easkey yang juga pemilik Vendville, memuatnaik satu caption menggambarkan seperti Che ta kini sedang hamil.

Ini tulis Annas Easkey:"Tak sabar tunggu adik Aaisyah Dhia Rana yang baru"


Setelah caption itu ditulis, ramai peminat setia Rozita Che Wan dilihat meninggalkan komen di laman IG milik Che Ta untuk  mengucapkan tahniah kerana Aaisyah Dhia Rana bakal mendapat adik.

Sementara itu, melalui Utusan Online, dikatakan ada sumber yang merupakan kenalan terdekat Che Ta berkata wanita itu belum bersedia untuk mendedahkan kepada umum tentang kehamilannya yang bakal memasuki bulan kedua itu kerana kandungannya belum kukuh.

Apabila ditanya hal ini kepada pengurus Che Ta bernama Afiq, dia telah menafikan dakwaan bahawa Che Ta sedang hamil.

Sekarang ini belum lagi ada jawapan rasmi. Memang ramai yang tertunggu-tunggu  jawapan dari pihak Rozita Che atau Zain Saidin sendiri, kenalah sabar ye :)


Awek 'Mekanik' Dipikat Lebih 100 Jejaka, Ada Siap Melamar Dengan Hantaran RM20 Ribu



Video seorang gadis yang hebat beraksi di bengkel kereta telah menjadi viral sebelum ini.

Gadis yang digelar 'awek mekanik' itu bernama Nor Sakira dan berumur 20 tahun.

Apabila menjadi popular, Sakira mengakui dirinya kini menjadi tumpuan ramai malah ramai yang cuba meguratnya.

Sakira mendedahkan dia cuba dipikat lebih 100 jejak aselain turut menerima ratusan mesej cinta dari seluruh negara.

Nor Sakira dari Kampung Batangan, Marang, Terengganu juga mepunyai wajah yang comel dan seterusnya menjadi tumpuan sekelip mata.

Ini Komen Sakira:

"Ramai yang menghantar mesej melalui akaun media sosial saya termasuk Instagram, Facebook dan juga aplikasi telefon seperti WeChat.

"Walaupun menjadi tumpuan berbanding sebelum ini, saya tidak menganggapnya sebagai gangguan kerana saya juga memang suka berkawan dengan semua orang dan terbuka dalam soal ini.

"Saya tidak mengalami sebarang masalah kerana selama ini memang ada ramai kawan lelaki berbanding rakan perempuan"

Sakira adalah seorang daripada 65 pelatih Sijil Tahap Dua Kemahiran Automotif Servis Selepas Jualan di Universal Centre Education Traning Employment (UNICETE).

Kisah gadis itu viral di media sosial selepas kemahirannya membaik pulih kenderaan tersebar di media sosial dan mendapat pujian netizen hingga ada yang sanggup menawarkan wang hantaran RM20,000.

Sakira  tidak kisah apabila diajak bercinta oleh lelaki asalkan tidak ada yang bersikap kurang sopan dan tidak menghormatinya.

tambah gadi ini lagi, dia langsung tidak menjangkakan bahawa pembabitannya dalam bidang automotif akan mendapat perhatian ramai seperti itu.

Ini komen Sakira lagi:

"Saya hanya buat apa yang saya suka dan minat, tetapi tak sangka pula ia mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

"Selain yang menghantar mesej untuk berkenalan, ramai juga memberi dorongan dan kata-kata semangat. Respon netizen dan orang sekeliling secara tidak langsung membuatkan saya lebih bermotivasi untuk terus maju dalam bidang automotif ini"

Apabila kehebatannya membetulkan kereta tersebar, Sakira memberitahu dia ada menerima beberapa tawaran kerja sambilan di bengkel kenderaan termasuk daripada sebuah syarikat minyak pelincir dengan menawarkan kerja sambilan di pusat servisnya di Kampung Ladang.

Ini pendedahan Sakira:

"Memandangkan masih belajar, saya perlu mendapatkan persetujuan banyak pihak selain ingin memastikan ia tidak menggangu pembelajaran di UNICETE"

Jom layan video Sakira:

"Hari Ini Saya Ingin Luahkan Sesuatu..." - Luahan Hati Adik Perempuan Benjy, Buat Ramai Sayu



Pelakon yang mempunyai bakat besar, Benjy telah disahkan dipenjara selama 11 tahun di Indonesia.

Selain dipenjara, Benjy juga didenda sebanyak RM300 ribu kerana membawa 'barang terlarang'.

Memang sedih melihat apa yang berlaku ke atas anak arwah Azean Erdawati ini. Kita tidak tahu apa yang berlaku sehingga Benjy boleh terjebak dengan perkara seperti ini.

Bakatnya yang hebat, jika digilap sudah pasti memperlihatkannya setanding dengan pelakon gred A di Malaysia.

Namun ini pula yang terjadi. Sebagai pemerhati industri seni, ramai yang berasa sedih melihat keadaannya tetapi bagi ahli keluarga sudah tentu lagi kecewa dan tidak dapat dibayangkan perasaan mereka.

Ahli keluarga dan teman rapat Benjy dilihat mengambil pendekatan berdiam diri dari membuat sebarang kenyataan.

Namun semalam, adik kepada Benjy iaitu Elza tampil menulis nukilan hatinya atas apa yang berlaku keatas abangnya itu.


Antara isi kandungan tulisannya itu berbunyi:

"Saya tidak menghukum Ben (panggilan untuk Benjy) kerana kesalahannya. Saya sayangkannya sebagai abang. Saya maafkan dia sebagai keluarga saya. 
"Dia masih mempunyai masa yang panjang untuk menebus kesalahannya dan sebagai adik saya akan tetap berada di sini sehingga ke akhirnya,"

Ini luahan hati penuh dari Elza:

Breaking My Silence on Ben.

Previously, I refrained from making a statement.
But today I feel compelled to say something.

Ben, for all his flaws and mistakes, is my blood.
He was the brother that cared for me and my sister when my parents were out working.
From very young he had to be the man of the house and gave up his childhood playtime with friends so that he could look after us.

Ben, for all his shortcomings and bad decisions, is my brother.
He was the one to protect me when I needed it, he was his sisters’ shield.
I felt a little braver, knowing he was my brother.

Ben, for all his missteps and wrongdoings, is my family.
And no matter how many years, not fourteen not Eleven,
Will ever break our bond as siblings everlasting.

I do not define Ben by his mistakes.
I love him as my brother.
I forgive him as my family.
He has a long way to go to make amends,
But I, as his sister, will be there till the end.

Ramai yang bersimpati kepada keluarga Benjy di atas yang berlaku. Semoga mereka kuat menghadapi dugaan ini.

Diharap perkara ini juga menjadi pengajaran dan ikhtbar buat semua.

"Saya terkejut dengan tindakan Emma" - Zahirah Macwilson



Pelakon jelita, Zahirah Macwilson terkejut dan kesal dengan tindakan Emma Maembong.

Ini apabila Emma Maembong telah memetik nama  Zahirah Macwilson dalam temubual bagi menjawab status hubungan dengan kekasihnya, Kamal Adli yang dikatakan sedang bergolak.

Bagi Zahirah Macwilson, tindakan Emma Maembong itu seolah-olah mengaitkan dirinya sebagai orang ketiga dalam hubungan cinta antara Emma dengan Kamal Adli.

Kata Zahirah Macwilson, memang tidak dinafikan ada ada pihak yang sengaja menjadi batu api bagi mengeruhkan lagi keadaan.

Ini penjelasan Zahirah Macwilson:

"€œMemang tidak adil apabila dia menyebut nama saya yang sekali gus meninggalkan persoalan. Apa yang berlaku tidak ada kena mengena dengan saya. Jadi kenapa perlu babitkan saya?

"€œSaya terkejut dengan tindakan Emma yang mengeluarkan kenyataan begitu sedangkan sebelum ini kami sudah berjumpa untuk menyelesaikan masalah ini.

Zahirah Macwilson menjelaskan dia sudah ada kekasih, jadi tiada isu ingin bersma Kamal Adli.

"€œSaya sudah ada kekasih. Buat apa saya nak rampas Kamal daripada dia? Malah, kekasih saya juga tahu mengenai perkara ini,”

"œApabila membaca kenyataan Emma, saya berdiam diri lagi kerana terbabit dengan penggambaran drama di Johor Bharu. Saya tak nak mengganggu kerja. Saya tunggu masa sesuai.

"€œSaya malas nak bersuara jika ia hanya masalah remeh. Namun, apa yang keluar saya anggap melampau kerana mengheret nama saya sekali. Saya perlu jelaskan perkara ini supaya orang berhenti menuduh saya yang bukan-bukan.


Zahirah Macwilson akui memang ada pihak yang jadi batu api.

"Bagi saya, perkara ini tidak kecoh jika tidak ada pihak yang bersikap batu api. Ia memburukkan lagi keadaan"

"Diakui di lokasi penggambaran semua orang rapat. Malah pengarah puji keserasian kami menjadi dalam drama ini.

Zahirah Macwilson juga mengatakan ingat Emma Maembong okey memandangkan dia ada muat naik video di laamn IG miliknya.

"€œEmma sendiri ada memuat naik klip drama ini dalam Instagramnya. Jadi, saya beranggapan dia okay.

"€œBagi saya, Emma patut percaya kekasihnya seperti mana saya lakukan. Lagipun isu ini ditimbulkan selepas sebulan saya terbabit dalam drama lain. Kalau Kamal dan Emma ada bergaduh sekali pun, itu urusan mereka. Kenapa saya perlu jadi mangsa?"

Itulah komen panjang lebar dari pelakon cantik Zahirah Macwilson. Zahirah Macwilson telah berganding dengan Kamal Adli sebagai pelakon utama dalam drama 'Duda Pilihan Dara'.

Dalam laporan Suria, Kamal Adli ada mengaku kesalahannya setelah dia kantoi dengan Emma Maembong melayan mesej dengan seorang pelakon wanita.

"Memang Salah Saya.." - Rupanya Kamal Adli Kantoi Balas Mesej Perempuan Lain



Umum mengetahui hubungan pasangan popular Emma Maembong dan Kamal Adli ada sedikit msalah baru-baru ini.


Ada yang mendakwa hubungan mereka berdua dikatakan ibarat retak menanti belah sekarang ini semenjak Emma maembong memuatnaik status di Instagram miliknya yang seperti sedih, kecewa, dan menceritakan seperti dirinya ditipu.

Ramai follower dan peminat yang tertanya tanya kenapa tiba-tiba ada maaslah, sebelum ini hubungan pasangan ini macam okey sahaja.

Rupa-rupanya, melalui laporan dari SURIA, hubungan mereka dikatakan mula bermasalah apabila Kamal Adli dikatakan kantoi saling berbalas mesej dengan pelakon yang bergandingan dengannya dalam sebuah drama.

Kamal Adli sewaktu ditemui di sidang media Anugerah Skrin 2017 berkata, dia telah cuba menyelesaikan masalahnya dengan Emma Maembong.

Pelakon kacak ini turut akui kesalahan dirinya namun perkara itu bukan seperti apa yang difikirkan oleh Emma ataupun kebanyakan pihak.

Ini komen Kamal Adli:

“Pusing-pusing balik memang salah Kamal walaupun perkara ini tidak berkait dengan isu curang. Sumpah demi Allah bukan isu curang. Semuanya salah faham”


“Saya menerima Emma sebagai Fatimah Rohani (nama sebenar Emma) bukannya Emma Maembong yang orang semua kenali. Saya sudah penat menghabiskan 14 tahun dengan alam percintaan (merujuk kepada hubungan terdahulu bersama bekas kekasih)”

Tambah Kamal Adli lagi, dia amat mencintai Emma Maembong kerana sudah bersamanya sewaktu dalam waktu susah dan juga senang.

Dalam usaha untuk memujuk Emma Maembong, Kamal Adli telah mencuba pelbagai macam cara sehinggakan dia sanggup terbang ke Sabah semata-mata mahu bertemu kekasih ahtinya itu untuk memujuknya.

Ini pendedahan Kamal:

“Kalau nak Kamal pujuk, Kamal akan pujuk cuma Kamal minta supaya janganlah Emma pergi dari hubungan ini”,

Baguslah Kamal Adli akui kesilapan apatah lagi sanggup buat macam macam untuk memenangi hati Emma Maembong semula.

Semoga hubungan mereka berdua baik-baik sahaja. Ramai peminat dah suka dengan hubungan mereka ini.