(TERKINI) Ini Kenyataan Rasmi Rozita Che Wan Tentang Isu Sedang Hamil Anak Kedua


Pelakon Rozita Che Wan terpanggil untuk memberi kenyataan setelah tersebar berita mengatakan dia kini sedang hamil anak kedua.

Dari beberapa portal hiburan, ada pihak yang memberitahu bahawa Rozita Che Wan kini sedang hamil 2 bulan.

Berita ini dikuatkan lagi dengan status dari rakan baiknya Annas Easkey yang menggambarkan Aaisyah Dhia Rana bakal dapat adik.

ISU SEDANG MENGANDUNG

Oleh kerana isu ini hangat diperkatakan, akhirnya Che Ta tampil memberi kenyataan.

Rozita Che Wan yang mesra disapa Che Ta berkata, sekarang dia TIDAK HAMIL dan jika benar dia hamil, dia sendiri teruja untuk berkongsi berita gembira itu dengan peminat dan pihak media.

Che Ta tahu ramai peminat setianya mahu dia dan Zain dapat anak lagi tetapi buat masa sekarang, dia belum bersedia untuk menambah bilangan anak.

Ini kenyataan dari tuan punya badan, Rozita Che Wan:

"Saya tak hamil, semua itu usikan saja. Kalau betul hamil, saya tak akan sembunyikan perkara yang baik"

"Mungkin kerana badan saya sedikit berisi, ada yang ingat saya hamil. Saya lebih percaya kepada kualiti berbanding kuantiti.

"Buat masa ini cukuplah dengan tiga anak dulu. Saya mahu berikan yang terbaik kepada mereka termasuk pendidikan. Kalau ada anak ramai tetapi tak mampu nak membahagiakan mereka pun tak seronok juga,"

Rozita Che Wan berkahwin dengan pelakon Zain Saidin pada Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang comel iaitu, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tiga tahun.

Menerusi perkahwinan pertama, Che Ta mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan juga Aniq Ezzra.

KISAH TAJA ORANG KE UMRAH

Sementara itu,  Rozita Che Wan juga akui sudah tiga kali menaja 30 penduduk kampung di Alor Setar, Kedah yang kurang berkemampuan menunaikan umrah.

namun sebenarnya, selain menaja orang kampung, dia turut menghantar adik-beradik, saudara-mara dan kakitangan syarikatnya untuk menunaikan umrah terlebih dahulu.

Kata Che Ta, dia sekadar ingin berkongsi rezeki dengan mereka yang belum berkesempatan menunaikan umrah.

Ini penjelasannya:

"Pada 2014 saya menaja 10 orang menunaikan umrah. Apabila ada rezeki lebih lagi, saya teruskan perkara sama. Saya jadi seronok melihat orang lain gembira dapat buat umrah.

"Insya-Allah, tahun ini saya perlu bertanya dan mencari mereka yang betul-betul layak. Kalau boleh saya mahu mereka dalam kalangan keluarga susah"  .

"Sebelum menaja orang kampung, saya jalankan tanggungjawab ini kepada saudara-mara terdekat dahulu.

"Mula-mula saya taja adik-beradik seibu sebapa. Kemudiannya adik-beradik daripada tiga ibu tiri, rakan dan kakitangan syarikat. Saya berasa puas apabila dapat berkongsi rezeki ini bagi sama-sama merasai nikmat mengerjakan umrah buat pertama kali"

Isteri kepada  Zain Saidin ini berharap niat murninya itu tidak disalah anggap orang ramai dengan menyifatkan dia ingin menunjuk-nunjuk atau bersikap riak.

Apa dilakukan Che Ta sekadar perkongsian yang boleh mendidik orang lain melakukan perkara sama sekiranya mereka berkemampuan.

SELALU KENA TIPU

Selain itu, ada juga cerita tidak best yang melanda Che Ta. Sebagai usahawan, Rozita Che Wan memang akui mudah ditipu dan diperdaya.

Sebelum ini Che Ta telah ditipu seorang ahli perniagaan bergelar Datuk membabitkan RM50,000.

Ini komennya:

"Kehidupan saya sekarang dikelilingi orang yang suka menipu. Mereka ini terlalu ramai sehingga sukar nak dikenal pasti. Disebabkan duit, mata mereka mudah dikaburi sekelip mata.

"Mungkin disebabkan saya terlalu baik dan cepat percayakan seseorang membuatkan mereka boleh mengambil kesempatan bila-bila masa. Saya pula jenis yang lembut hati. Jadi, apabila sering terkena saya mulai ambil langkah berhati-hati"

Itulah perkembangan terkini tentang Rozita Che Wan.

Sumber: Metro

0 comments:

Post a Comment