'Ketika Itu Diluar Kawalan' - Amy Mastura Buat Kenyataan Isu Tampar Danial Lawak Solo
Amy Mastura akui menampar muka pelawak Danial Lawak Solo dalam satu program hiburan iaitu CCTV yang bersiaran baru-baru ini.
Menurut Amy Mastura, kejadian yang berlaku itu adalah diluar kawalan dan disebabkan oleh reaksi spontan selepas melatah setelah diusik di rancangan tersebut.
Penyanyi ini sememangnya terkenal dengan sikapnya yang suka melatah secara spontan terutama apabila diusik rakan-rakan.
Amy Mastura yang juga merupakan peserta Super Spontan Superstar, membuat kenyataan di laman media sosialnya beserta sedutan klip program tersebut.
Dia memohon maaf kerana telah menampar Danial secara live.
Ini captionnya:
“Sapa tgk CCTV haritu? Sorry tau akak bukan sengaja nak pukul diorang. Semua diluar kawalan hehe,”
Video itu mendapat perhatian para followernya, namun rata-rata terhibur dengan gelagat lucu penyanyi dan juga pelakon berkenaan.
Menerusi sedutan yang dikongsikan itu, Danial juga terkejut ditampar tetapi turut ketawa apabila ditampar Amy yang kuat melatah.
Ini videonya:
Ini antara reaksi penonton:
“Dah orang usik kak Amy, memang penampo la jawabnye hahaha” - @irah.tirah
“Tak sangka melatah juga @amymasturalerr ni. Kelakar juga tengok,” -@lynda
“Hahahahahahahaha!!! Comel sangatlah you Kak Amy!” - @Sitinormajaafar
Haha itulah padahnya apabila suka sangat menyakat orang suka melatah ni.
Rancangan Super Spontan Superstar 2017 masih lagi bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124) pada setiap hari Jumaat jam 10 malam.
0 comments:
Post a Comment