"Panas Hati? Terpulanglah...Boleh Jalan" - Zizi Kirana, The Fabulous Cats



Penyanyi yang dulu nya popular bersama The Fabulous Cats, Zizi Kirana menjadi buah mulut orang ramai apabila menampilkan lagu yang berkait rapat dengan para netizen.

Zizi Kirana berkata dia langsung tidak bermaksud untuk menyindir mana-mana individu dalam lagu terbaharunya berjudul Boleh Jalan.

Menurutnya, lagu tersebut dihasilkan untuk menegur netizen yang sering mengkritik dan meninggalkan komen tidak bermoral tentang sesuatu isu di alam maya.

Mereka yang sering menulis komen komen kritikan tanpa mengetahui perkara sebenar memang sinonim dengan rakyat Malaysia, mereka digelar keyboard warrior.

Ini komen Zizi Kirana:

"Ramai yang fikir lagu tersebut adalah sindiran kepada mereka yang pernah kecam saya kerana isu berpakaian seksi sebelum ini.

"Kalau nak tahu, lagu tersebut turut menyentuh mengenai banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita terutamanya keyboard warrior yang ada sahaja tak kena di mata mereka.

"Tapi tak apalah, kalau haters kata saya perli mereka terpulanglah, siapa yang makan cili, dia rasa pedas," 

"Walaupun ada yang panas hati dengar lagu tersebut, namun masih ada yang suka.

"Saya sendiri tidak menyangka penerimaan pendengar dan jumlah tontonan juga meningkat begitu pantas.

"Kalau ada yang nak kecam juga, kecamlah! Saya sudah lali dengan kritikan dan cacian, "

"Kalau nak tegur tak perlulah dengan kata makian dan cacian. Apa yang kalian dapat dengan komen menghina begitu?.

"Sebab itu dalam lirik lagu tersebut saya ada menyebut istilah 'Ustazah Internet', yang bermaksud hanya dia sahaja yang betul dan berhak menegur tanpa memikirkan perasaan orang lain.

"Sedangkan dalam dunia realiti, seorang ilmuan agama tidak akan menegur orang sehingga mengaibkan"

Lagu ciptaan DJ Fuzz dan lirik oleh Waris itu telah di muat naik di laman YouTube dua minggu lalu dan mendapat hampir 300,000 kali jumlah tontonan.

Walaunpun ada pihak kritik dan kecam  lirik lagu barunya itu, Zizi Kirana tidak menyangka lagu tersebut mendapat sambutan baik pendengar.


LIRIK Lagu Boleh Jalan


Boleh jalan (2x)

Mata keranjang tolong please **
Miang bemban tolong please
Dato gatal tolong please
Boleh jalan

Dda dato dm kat insta i
Okay lah
Hantar comment nak taja hidup i
Boleh blah

Mula mula kata nak buat bisnes
Okay lah
Dengan syara kita kena keluar dinner
Boleh blah

Motif ?
Ada keyboard worrior tak suka i
Ao
Kenapa tak unfollow insta i
Hari hari cuba hantar komen boleh blah
Dm instagram nak ajak opps

Dari layan laki gatal
Semua semua jadi sengal
Baik lepak mamak dengan kawan
Tengok game arsenal

Dah la muka tebal
Ntah siapa pun tak kenal
Kalau tak dapat kekayaan you
You kata jangan menyesal
Boleh jalan

Ulang **
Gigi besiku penuh dedikaasi
Kau pakai gucci duit yang daddy kasi
Sampai indonesia yang kesayangan sia
Tuk wartawan malaysia sekian terima kasih ya

Seksi ku tayang lurah
Tapi ku bukan ustazah
Ramai betul ustazah
Cuba nak cari salah

Aku tak peduli
Title rap queen
Youtube dua juta
Rapping dengan stering

Braces gang otak semua weng
Zizi fellas mama panda punya fans
Like a bawse rap ku venomous
Cari lain sebab bini menopous
Boleh jalan

Ulang**

Sebelum ini Zizi Kirana popular menerusi isu pakaian menjolok mata yang dikatakan agak melampau.

Zizi Kirana bagaimanapun mengatakan itu urusannya dengan tuhan. Sehingga kini Zizi masih lagi mengekalkan imejnya itu.

Apapun memang best layan lagu baru Zizi Kirana berjudul 'Boleh Jalan'

0 comments:

Post a Comment