"Semoga Jodoh Ku Dengan Lelaki Sebaik Ini" - Fasha Sandha
Kini telah setahun lebih pelakon popular Fasha Sandha hidup sebagai seorang ibu tunggal.
Mungkin ini merupakan masa yang sesuai untuk Fasha Sandha kembali berumah tangga.
Melalui update terkini di akaun Instagram (IG) miliknya, Fasha Sandha berharap agar diberikan jodoh kedua dengan lelaki yang sama baik seperti di dalam video yang dimuat naik.
Video yang dikongsikan menunjukkan seorang pengantin lelaki menangis apabila pertama kali menyentuh jari isterinya ketika sesi menyarungkan cincin.
Pengantin lelaki yang berjubah hijau serta berkopiah itu turut kelihatan malu ketika mahu menyarungkan cincin ke jari wanita yang baru sahaja disahkan menjadi isterinya.
Ini caption Fasha Sandha:
"Sweetnya... Semoga Allah berikan Jodoh kedua ku dengan lelaki sebaik ini. Amin"
Rata-rata para peminat dan follower mendoakan agar Fasha bertemu dengan jodoh idamannya dan cepat berumah tangga.
Sebelum ini, Fasha Sandha dan Jejai disahkan bercerai pada 20 Januari tahun lalu.
Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha.
Sumber: AstroGempak
0 comments:
Post a Comment