Ini Jawapan Erra Fazira Apabila Shahir Mahu Nikahinya Tahun Depan
Sejak kes bersama pramugari, Mona Syamimi tersebar, Shahir akhirnya membuat pengumuman mahu nikahi Erra Fazira pada tahun depan.
Apabila tamat final AF Megastar, Shahir sekali lagi menyatakan hasratnya untuk meneruskan niat mengahwini Erra Fazira pada awal tahun 2018.
Wartawan ada bertanya kepada Erra Fazira tentang hal ini. Erra Fazira tidak mengiyakan atau menidakkan kenyataan Shahir itu.
Pelakon yang popular menerusi filem Sembilu dan Maria Mariana ini telah memberitahu bahawa hubungan mereka berdua ketika ini baik-baik sahaja, dan meminta semua orang mendoakannya.
Ini jawapan Erra Fazira:
HUBUNGAN BAIK
"Hubungan kami masih baik dan doakan segalanya yang terbaik buat kami. Semoga yang baik juga akan bersama dengan orang yang mendoakan kebaikan itu. Saya juga tidak berhasrat untuk memberi komen panjang dan membentangkan secara terperinci mengenai hubungan saya dengan Syahir. Cukuplah saya beritahu secara ringkas"
ISU MONA SYAMIMI
"Saya sudah dimaklumkan oleh Shahir sendiri mengenai isu itu. Selain itu, saya juga ada bertanya pandangan teman-teman dalam industri seni serta mereka yang prihatin berkaitan isu terbabit. Justeru, sedikit-sebanyak saya faham permainan dan sepak terajang dunia hiburan tanah air"
SEBAHAGIAN PANCAROBA KEHIDUPAN
"Saya juga tidak mahu komen lebih-lebih kerana ia hanya akan memanjangkan isu yang tidak ada hala tuju itu. Saya percaya semua orang melalui gelombang hidup dan mempunya sisi cerita tersendiri. Ini adalah sebahagian cerita dalam kehidupan kita"
Itulah komen Erra Fazira. Semoga hubungan Shahir AF dan juga Erra Fazira semakin teguh setelah banyak dugaan yang berlaku. Memang ramai yang tak sabar untuk melihat Erra Fazira dan Shahir naik pelamin.
0 comments:
Post a Comment