Belum Bersedia, Bila Tiba Masa, Saya Akan Berhijab - Sheeda



Penyanyi dangdut yang pernah menyertai Gegar Vaganza, Sheeda sering ditanya bilakah mahu berhijrah memakai tudung.

Apatah lagi anaknya, Bienda merupakan penyanyi nasyid dan memakai tudung.

Sebenarnya Sheeda akui telah lama menyimpan hasrat untuk berhijab menutup aurat tetapi akan melakukannya apabila sudah benar-benar bersedia.

Menurut Sheeda, dia masih memerlukan masa untuk bertudung dan telah lama memasang niat untuk beralih mendendangkan lagu berunsur ketuhanan dan keagamaan.

Ini komen Sheeda:

"Sejujurnya saya memang mempunyai niat untuk memakai hijab namun bukan dalam waktu terdekat kerana saya harus selesaikan beberapa urusan dunia sebelum menuju akhirat.

"Saya berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik buat saya dan segala apa yang dirancang akan dipermudahkan kelak.

"Insya Allah apabila sampai masanya saya tidak menolak untuk berhijab dan memilih menyanyikan lagu-lagu ketuhanan pula selepas ini.

"Saya sedar apa yang dilakukan sekarang ini hanyalah berlandaskan kehidupan di dunia, cuma apabila sudah berjanji saya harus tunaikan

"Jika boleh saya ingin selesasaikan kesemua kontrak pada tahun ini sebelum memilih untuk berhijab,"

Itulah komen dari Sheeda tentang isu penghijarahan. Semoga dengan izin-NYA Sheeda akan berhijrah ke arah kebaikkan.

Sheeda pernah popular menrusi lagu dangdut "Angkat Kaki". Lagu tersebut sememangnya amat berhantu dan catchy.

0 comments:

Post a Comment