"Jangan Sampai Bukti Lain Keluar!" - Mona, Pramugari Dikaitkan Dengan Shahir Tampil Dedah Perkara Sebenar



Baru-baru ini, seorang pramugari telah dikaitkan dengan bekas juara Akademi Fantasia, Shahir apabila beberapa keping foto mereka berdua telah tersebar.

Shahir telah tampil menafikan mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan dan mengatakan hubungan mereka berdua tidak lebih dari peminat dan artis sahaja.

Malah Shahir menerangkan bahawa wanita itu meminatinya ketika Sahhir kembali aktif dalam industri hiburan dan terlibat dalam pertandingan AF Megastar yang sedang berlangsung.

Ramai yang membuat spekulasi tersendiri dan akhirnya wanita yang dikaitkan dengan Shahir Zawawi itu tampil membuat kenyataan.

Pramugari tersebut bernama Mona Syamimi dan kini telahpun berumur 27 tahun.

Mona Syamimi memberitahu bahawa dia bukanlah peminat Shahir atau penyokongnya dalam Akademi Fantasia Megastar  seperti didakwa penyanyi itu malah tidak pernah pun meminati rancangan berkenaan.

Tambah Mona Syamimi, dia mula mengenali Shahir AF menerusi laman Instagram dan mula rapat sejak sebulan lalu.

Mona Syamimi mengakui kerap keluar bersama Shahir secara berdua dan ada juga keluar bersama teman-teman lain.

Ini pendedahan Mona Syamimi:

"Saya bukan peminat atau penyokong dia seperti yang didakwa. Saya tak minat pun program realiti tersebut,”

"Kami berkenalan kira-kira sebulan lalu menerusi Instagram dan boleh dikatakan kerap juga keluar berdua dan ada kalanya beramai-ramai. Cuma sekarang saya sibuk dan dia pula sibuk dengan final AF Megastar,"

Menjawab kenyataan Shahir bahawa hubungan mereka adalah seperti peminat dan artis, Mona tidak mahu bercakap lebih lanjut.

Mona Syamimi enggan mengulas mengenai hubungan tersebut sebaliknya meminta Shahir sendiri bercerita mengenainya namun hubungan mereka masih dalam fasa berkawan buat masa ini.

 Ini penjelasan Mona Syamimi lagi:

"Entahlah kami mungkin dalam fasa berkawan lagi. Apa-apa pun tanya dia semula tentang hubungan ini. Jangan sampai ada bukti lain pula keluar cukuplah,"

Sementara itu, Mona Syamimi mengakui dia juga mengetahui mengenai hubungan Shahir dengan pelakon popular Erra Fazira tetapi berkata ianya tidak seperti laporan media.

Ini komen Mona Syamimi:

"Ya, saya tahu tentang perkara itu tapi tidak seperti dilapor media,"

Nampaknya, Shahir sekali lagi akan menjadi buruan media selepas pendedahan Mona Syamimi ini.

Sama-sama kita tunggu jawapan balas dari Shahir tentang kenyataan Mona Syamimi ini.

Ketika ini Shahir sedang sibuk dengan persiapan menghadapi pentas final Akademi Fantasia Megastar yang akan berlangsung pada Ahad ini.

0 comments:

Post a Comment