(4 Foto) Janna Nick Dikejarkan Ke Hospital Dalam Keadaan Lemah, Ini Kenyataan Rasmi Pihak Pengurusannya


 Pelakon popular, Janna Nick telah dimasukkan ke wad hospital setelah didaoati dalam keadaan lemah semalam.

Janna Nick dikatakan mengalami batuk dan demam berpanjangan lantas di bawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan dan juga ujian yang dilakukan, rupanya Janna Nick menghidap jankitan kuma di paru-paru ataupun digelar pneumonia.

Perkara ini disahkan oleh pihak pengurusannya:

Ini kenyataan rasmi dari syarikat pengurusan Janna Nick

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2017

20 minit sebelum pesembahan,Pelakon dan penyanyi Janna Nick telah dikejarkan ke sebuah hospital di ibu negara akibat daripada demam dan batuk yang berpanjangan. Keadaan Janna ketika itu agak lemah dan dia tidak dapat meneruskan persembahan.


Merujuk kepada pemeriksaan dan laporan yang telah dijalankan, Janna dilaporkan dijangkiti penyakit jangkitan paru-paru iaitu Mycoplasma Pneumoniae. 


Oleh yang demikian pihak hospital telah menahan Janna bagi mengawasi keadaan kesihatan beliau. Janna tidak boleh menerima sebarang pelawat buat sementara waktu. 

Dia perlu berehat sehingga keadaannya kembali pulih kata pengurusnya dari Laugh Out Loud Entertainment iaitu Afeeq Abd Wahab. 

Janna turut menyampaikan salam dan jutaan terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang dirinya dan mengharapkan doa supaya beliau kembali sihat.


Laugh Out Loud Entertainment

Melalui laman IG Janna Nick, LOL Entertainment dan Shiela Rusly, beberapa keping gambar keadaan terkini Janna Nick telah dikongsikan.

Ramai peminat tidak putus putus mendoakan supaya pelakon kesayangan mereka ini cepat sembuh.

Ini antara komen para peminat:

@ainsuji: 'Semoga cepat sihat sis @jannanick! Rehat cukup-cukup ok. Be strong.

@mzdieyaa_1509: 'Semoga cepat sembuh Jannah, dan selepas ini dapat mempunyai rehat yang cukup dan jangan sibuk kerja sahaja.

@nadiah_chik288: 'Semoga @jannanick cepat sembuh dan sentiasa diberikan kesihatan yang sihat walafiat selalu. Aamiin.

@Cian ny: 'Semoga @jannanick Cepat Sembuh. Sakit itu penghapus segala dosa..Diharapkan semuanya dalam keadaan selamat.


Ini fotonya:






Semoga Janna Nick cepat sembuh, sila berehat secukupnya.

Janna Nick kini telah berganding dengan Fattah Amin dalam drama yang dijangka akan meletup di TV tidak lama lagi.

Drama TV series itu berjudul Cofee Prince dan di jangka ditayangkan bermula hujung tahun ini.

Ianya merupakan adaptasi drama popular Korea dengan judul yang sama Cofee Prince.

0 comments:

Post a Comment