Aaisyah Dhia Rana Dapat Adik.. Rozita Che Wan Mengandung Anak Kedua Bersama Zain Saidin?
Pasangan sama cantik sama padan Rozita Che Wan dan Zain Saidin mempunyai anak comel bernaam Aaisyah Dhia Rana.
Aaisyah Dhia Rana kini merupakan antara bayi paling popular di Malaysia dan mempunyai ramai peminat tersendiri.
Kini Aaisyah Dhia Rana telah berusia hampir 3 tahun, ramai tertanya-tanya bila Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta nak tambah seorang lai cahaya mata.
Memang ramai yang ternanti-nanti untuk melihat Aaisyah Dhia Rana dapat adik.
Nampaknya perkhabaran ini semakin menjadi nyata. Yang terbaru, jurugambar dan juga teman rapat Che Ta, iaitu Annas Easkey menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat adik Aaisyah Dhia Rana.
Annas Easkey yang juga pemilik Vendville, memuatnaik satu caption menggambarkan seperti Che ta kini sedang hamil.
Ini tulis Annas Easkey:"Tak sabar tunggu adik Aaisyah Dhia Rana yang baru"
Setelah caption itu ditulis, ramai peminat setia Rozita Che Wan dilihat meninggalkan komen di laman IG milik Che Ta untuk mengucapkan tahniah kerana Aaisyah Dhia Rana bakal mendapat adik.
Sementara itu, melalui Utusan Online, dikatakan ada sumber yang merupakan kenalan terdekat Che Ta berkata wanita itu belum bersedia untuk mendedahkan kepada umum tentang kehamilannya yang bakal memasuki bulan kedua itu kerana kandungannya belum kukuh.
Apabila ditanya hal ini kepada pengurus Che Ta bernama Afiq, dia telah menafikan dakwaan bahawa Che Ta sedang hamil.
Sekarang ini belum lagi ada jawapan rasmi. Memang ramai yang tertunggu-tunggu jawapan dari pihak Rozita Che atau Zain Saidin sendiri, kenalah sabar ye :)
0 comments:
Post a Comment