SAH! Datuk Siti Nurhaliza Kini Sah Hamil 4 Bulan, Ini Luahan Hati Siti Nurhaliza


Hari ini, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman khas tentang perkembangan terkininya.

Penyanyi ini sebelum ini telah berehat dari industri seni hiburan tanah air sejak beberapa bulan ini.

Akhirnya, punca  kehilangan penyanyi nombor satu negara ini terjawab apabila beliau mengesahkan sedang hamil empat bulan.

Ini pendedahannya:

"Alhamdulillah saya hamil 4 bulan, tiada kata yang dapat menggambarkan  betapa syukur dan gembiranya setelah 11 tahun bersabar dan mencuba.

"Kini saya berehat kerana kandungan dan bayi ini merupakan keutamaan saya"


"Saya akui menjalani rawatan di satu pusat fertiliti dan buat keputsan untuk berehat untuk fokus kepada proses yang saya lalui."

"Syukur rezeki dalam umur 38 tahun ini"

Berita baik tersebut dikongsi Siti Nurhaliza pada majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan secara tertutup dikediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang.

Sebelum itu, kira-kira jam 8.45 malam Siti Nurhaliza memuatnaik entri di Instagram dan memberitahu beliau bakal mengadakan sesi live di laman sosial tersebut.

Menerusi sesi live tersebut, Siti mengucapkan rasa syukur dan berharap agar semua mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya dan bayi di dalam kandungan.

Tahniah diucapkan

Ini video nya:


0 comments:

Post a Comment