Zara Zya Dikejarkan Ke Hospital Lagi
Baru-baru ini, Zara Zya ada menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipinya sekitar Julai lalu.
Semalam, sekali lagi pelakon Zara Zya masuk hospital lagi!
Zara Zya menerusi Instagram miliknya memberitahu kaki dan bahagian tulang belakangnya tiba-tiba berasa sakit sehingga menyebabkan dia sukar untuk berjalan.
Berasa panik dengan keadaan itu kerana dia tidak boleh berjalan, dia segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Zara Zya juga terpaksa membatalkan hasratnya untuk ke lokasi penggambaran.
Dalam pada itu, pelakon jelita ini mendedahkan keadaan itu mungkin berlaku disebabkan sikapnya sendiri yang gemar memakai kasut bertumit tinggi setiap masa.
Ini komen Zara Zya tentang kesihatannya:
"Kejadian semalam... Bila terjaga waktu pagi, kaki dengan tulang belakang saya sakit sangat. Tak boleh jalan.
"Hasrat nak pergi shooting tergendala. Gementar masa tu Allah je tahu,"
"Sebabnya ialah hari-hari pakai kasut tumit tinggi, shooting pakai, masa jalan-jalan pakai.
"Nahhh Allah tarik nikmat untuk seketika. Sekarang ini saya nak ingatkan semua para gadis, para wanita tolonglah kurangkan pakai kasut bertumit tinggi,".
Sementara itu, Zara Zya berkata keadaannya kini sudah pun beransur pulih dan telah pun dibenarkan keluar dari hospital.
Pda Julai lalu, Zara Zya mengejutkan orang ramai dan industri seni hiburan apabila menjalani pembedahan yang memakan masa selama tiga jam ekoran ketumbuhan pada bahagian tepi pipinya yang boleh menyebabkan barah.
0 comments:
Post a Comment