Datuk K Dedah Karenah, Perubahan Sikap Siti Nurhaliza Ketika Hamil



Semalam Datuk Siti Nurhaliza membuat pengumuman khas dengan mengesahkan berita kehamilannya. Kini usia kandungan bayi itu sudah memasuki 4 bulan.

Penyanyi hebat yang berasal dari Pahang ini meluahkan rasa syukur yang tak terhingga apabila dia kini sedang hamil.

Ternyata berita ini mendapat perhatian para netizen terutama para peminat Siti Nurhaliza.

Pasangan ini sudah berkahwin selama 11 tahun sebelum akhirnya Siti Nurhaliza disahkan mengandung.

Semalam ramai yang ingin tahu apa komen dari suami Siti Nurhaliza, Datuk K.

Ramai juga yang ingin tahu apa perubahan ketara yang dialami oleh Siti Nurhaliza di awal kehamilannya ini.

Datuk k mendedahkan, isterinya itu kini tidak boleh berjauhan dan akan berasa gelisah jika tidak bersama di sisi.

Ini komen Datuk K tentang berita kehamilan ini:

"Syukur, hajat yang begitu lama yang kita pendam. Yang lebih penting cahaya mata untuk Siti. Siti belum ada anak (kandung).

"Jika diizinkan, saya mahu dapat seorang puteri la kot...amin"

Ini pendedahan Datuk K tentang perubahan Siti.

"Perubahan Siti, dia tak boleh lama berpisah, kalau pukul 4 dah mula hantar mesej, 'bila nak balik'.

"Ketika saya tinggalkannya ke London, pergi haji, masa tu memang dia gelisah.

Sementara itu, Siti Nurhaliza jga berkongsi telah mula berasa alahan ketika hamil.

Muka Siti Nurhaliza mula ada perubahan dan dia tidak mahu berjumpa orang ramai kecuali keluarga.

Ini komen Siti Nurhaliza:

"Kulit wajah Siti amat teruk sangat, kasar. Normal lah ibu mengandung, memang  ada alahan yang berbeza. Alahan Siti betul betul buat Siti tak nak jumpa orang kan.

"Alahan ketika mengandung, Siti baru dapat nikmat rasa bagaimana ibu hamil dan dapat rasa pengorbanan ibu mengandung.

Sekali lagi diucapkan tahniak kepada Siti Nurhaliza. Semoga segala urusan dipermudahkanNya

0 comments:

Post a Comment