"Kau Halusinasi Ke, Check Mental Sikit" - Kenyataan Panas Hafiz Hamidun Di Melodi



Semalam, hari Ahad, seperti biasa, ramai yang menunggu rancangan hiburan popular Melodi.

Yang menjadi perhatian di rancangan itu semalam ialah kes melibatkan usahawan Joy Revfa dan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun.

Pada mulanya, wartawan Melodi mendapatkan kenyataan dari Joy Revfa ketika sidang media live yang diadakan oleh Joy Revfa di pejabat Merve.

Kemudian wartawan Melodi pergi mendapatkan jawapan dari Hafiz Hamidun pula kerana tidak adil mendengar dari satu pihak sahaja.

Ini komen penuh Hafiz Hamidun:

Apa Surat yang Diberikan

"Itu adalah saman cerai yang saya failkan di mahkamah, sah penceraian dia dengan bekas suami,ok its good bermakna pernikahan saya dan dia sah, maka saya boleh proceed dengan langkah seterusnya (cerai)

Isu Cerita Nafkah Batin

"Saya tak pernah lakukan hubungan kelamin dengan dia. Dia yang bangkitkan isu itu. Dia buat orang tertanya-tanya apabila mengatakan bersumpah telah bersama. kemudian apabila orang tafsir dia nak saman pula blog blog ni. Apa ni!

"Nak bercakap sedap bila orang suruh explain aaah buat bahasa bahasa gitu.. Kau ni kenapa? Dalam halusinasi ke delusinal ke? Check mental sikit jangan nak sedap menangis kejap menangis kejap gembira, nak puas hati?

"Saya bukan nak burukkan sesiapa tetapi dia dah burukkan saya level paling tinggi.

Peringatan Joy

"Kamu kena ingat Joy, kamu bukan jumpa kutip saya tepi jalan bagi kehidupan, tidak ! Saya kenal kamu cara baik dan kit apatut jalankan perkara ini secara profesional dan dengan secara baik

"Ini memang amaran saya dari dulu, jangan kaitkan pasal saya. Dia kena betulkan diri dia dulu.

"Dari dulu saya kata jangan layan, tak payah tulis, dia nak juga bagitahu, jadi kamu tanggunglah sendiri"

"Dia sekarang cuba mengatakan bahawa dia dah cuba cari cara berdamai, come on jangan menipulah

Publisiti Murahan

"Kita tak nak cari publisiti pun. Sebenarnya banyak hikmah perkara ini. bagus saya cepatkan dan saya akhirkan dengan penceraian.

Itulah komen dari Hafiz Hamidun di rancangan Melodi tentang hal ini.

Ini video penuh kenyataan Hafiz Hamidun di Melodi (15 Oktober 2017)



Apapun semoga, kes ini diselesaikan secepat mungkin dan sebaik mungkin.

0 comments:

Post a Comment