Ini Punca Sebenar Kenapa Emma Maembong Hadiri Final Super Spontan Superstar



Semalam telah berlangsung rancangan final Super Spontan Superstar 2017 ayng melibatkan pelakon sedang dilanda kontroversi iaitu Kamal Adli.

Antara yang menjadi perhatian pada malam itu ialah kehadiran  pelakon yang  dikaitkan dengan Kamal Adli iaitu Emma Maembong.

Ramai yang tertanya-tanya, adakah pasangan in telah kembali bersama dan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih kembali bertaut?

Akhirnya Emma Maembong tampil memberi penjelasan dan punca sebenar dia hadir ke final Super Spontan Superstar 2017.

PUNCA DATANG SEBAB PERNAH BERJANJI

Emma Maembong telah menegaskan, kehadirannya pada kemuncak program realiti, Super Spontan Supertar malam tadi, sekadar memberi sokongan dan bukan bermakna kembali menjalin cinta dengan bekas kekasihnya, Kamal Adli.

Pelakon jelita itu mendedahkan, sebenarnya dia datang kerana dia pernah berjanji dengan Kamal Adli dan kini memenuhi janji tersebut walaupun telah berpisah.

Emma Maembong berkata, kehadirannya itu juga sebagai memenuhi janjinya kepada Kamal untuk memberikan semangat sekiranya dia berjaya melangkah ke final pertandingan itu.


Jom baca kenyataan dari Emma Maembong:

"Saya pernah berjanji dengan Kamal untuk hadir memberikan sokongan sekiranya dia layak ke peringkat akhir. Saya hanya mengotakan janji yang pernah dibuat dulu. Jadi, jangan gaduh-gaduh kerana kami masih berkawan.

"Salahkah kami berkawan biarpun tidak mempunyai hubungan istimewa lagi? Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kita tidak tahu siapa jodoh kita. Memandangkan saya masih solo, tiada salah jika saya berkawan dengan sesiapa saja,"

Sememangnya kehadiran Emma Maembong pada pusingan akhir program realiti itu mencetuskan spekulasi bahawa dia dan Kamal Adli kini telah kembali bersama sebagai pasangan kekasih.

Emma Maembong dilihat telah muatnaik gambar bersama Kamal Adli di Instagram sebanyak dua kali, satu untuk memberi sokongan dan foto undian, sementara satu lagi gambar setelah Kamal Adli muncul menjadi juara dengan ucapan tahniah.






TAK PERNAH MUSUHI BEKAS KEKASIH

Selain itu, Emma Maembong turut memuat naik gambar bersama bekas kekasihnya terdahulu iaitu Zizan Razak.

Gambar ini membuktikan dia tidak pernah bermusuh dengan mana-mana bekas teman lelakinya.



Ini komen Emma Maembong:

"Adakah anda jenis yang akan bermusuh bertahun-tahun dengan bekas kekasih dan saling menyekat antara satu sama lain di media sosial? Salahkah kami berkawan biarpun tidak mempunyai hubungan istimewa?,"

Sebelum ini agak kecoh apabila Emma Maembong membuat kenyataan hubungan cintanya lebih tiga tahun bersama Kamal Adli telah putus.

Hubungan mereka turut mengaitkan orang ketiga iaitu pelakon, Zahirah Macwilson yang bergandingan dengan Kamal Adli dalam drama rantaian, Duda Pujaan Dara.

Bagaimanapun, Emma maembong akui membuat kenyataan itu ketika dia sedang marah dan sakit hati.

Emma Maembong juga tidak berani mengesahkan bahawa dia tidak akan kembali semula bersama Kamal kerana soal jodoh adalah ketentuan-Nya.

0 comments:

Post a Comment