WOW! Ini Pesanan Padu Zizan Razak Kepada Kamal Adli, Emma Maembong



Hari Jumaat yang lalu, Zizan telah datang ke pusingan akhir Super Spontan Superstar 2017.

Setelah sekian lama, Zizan dan Kamal Adli bertentang mata malah bermain permainan Super Spontan di atas pentas.

Malah mereka berdua dengan selamba menjadikan isu semasa yang sedang melanda Kamal Adli sebagai bahan jenaka.

Video Zizan bertembung dengan Kamal Adli di atas pentas itu telah menjadi viral dan ramai yang suka dengan gelagat kedua-dua mereka.

Setelah tamat rancangan tersebut, Kamal Adli dinobatkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017.

Keesokan harinya, Zizan Razak telah muncul secara live di laman media sosial miliknya, dan mengulas apa yang berlaku di Super Spontan Superstar.

Zizan bertanya adakah para peminat suka dengan kehadiran Jozan di pentas itu.

Kata Zizan dia hadir ke Super Spontan Superstar itu khas buat para peminatnya yang sememangnya merindukan telatah Jozan.

Kemudian Zizan ada megulas kemenangan Kamal Adli.

Ini komennya:

"Yang menang Kamal Adli, all the best untuk Kamal Adli, tahniah! Kahwin la apa tunggu lagi. Kena kecam ke tak kena kecam ke tapi Allah bantu. See dia dapat menang, dapat duit. Kahwin la tuhan bantu tu. Ya Terbaik!

"Saya nak memberitahu, pemikiran harus diubah, ada kata bagaimana pelakon boleh menang. Sebenarnya stage tu bukan untuk pelawak. Stage itu untuk orang yang pandai main Super Spontan.

"Kalau Kamal Adli menang maknanya Kamal pelakon yang baik dan tahu nak bawa watak lawak tu.."

Ini video nya:

0 comments:

Post a Comment