Kenyataan Rasmi Keluarga Amyra Rosli, Sila Baca Kenyataan Ibu Amyra



Hari ini satu berita baik diterima oleh keluarga Amyra Rosli dan juga Amar Baharin.

Amyra Rosly telah selamat melahirkan anak sulung mereka, bayi lelaki kira-kira pukul 12.07 tengah hari pada Ahad, 15 Oktober.


Ibu Amyra iaitu Noor Zaridah Ahmad telah mengesahkan perkara ini dan membuat kenyataan tentang berita ini.

Puan Noor Zaridah ketika dihubungi memberitahu Amyra Rosly bersalin secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Estimated Date Delivery (EDD) atau tarikh jangkaan kelahiran sepatutnya pada 25 Oktober namun oleh kerana telah ada sign dan symptom tanda active labour, Amyra telah dimasukkan ke bilik bersalin. Ianya adalah perkara normal.


Ini komennya:

"Alhamdulillah Amyra selamat melahirkan cahaya mata pertama secara normal dan keadaannya baik walaupun masih lemah.

"Sepatutnya Amyra bersalin pada 25 Oktober tetapi nampaknya baby tak sabar nak keluar lebih awal.

"Apa-apa pun ibu dan anak berada dalam keadaan sihat,"


Amar Baharin dan Amyra Rosly memuat naik gambar yang memperlihatkan tangan anak mereka di laman IG mereka khas buat tatapan peminat.

Puan Noor Zaridah memberitahu bahawa menantunya, Amar Baharin paling gembira dengan kehadiran bayi mereka dan kini sedang sibuk menguruskan keperluan isteri dan anak mereka.

Tentang nama cucunya aitu, Puan Noor Zaridah berkata, Amar dan Amyra yang akan membuat pengumuman mengenai perkara berkenaan.

Kira-kira jam 1.30 petang tadi, Amyra mengumumkan telah selamat melahirkan anak sulung mereka.


Ini komennya: "Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami,"

Tahniah buat Amar Baharin dan Amyra Rosly.

0 comments:

Post a Comment