Setelah Kantoi Teruk, Kamal Adli Dalam Keadaan Tertekan, Ini Respon Balasnya



Industri hiburan kini dihujani dengan kontroversi panas melibatkan pelakon Emma Maembong, Kamal Adli dan pelakon Zahirah MacWilson.

Setelah Emma Maembong dan Zahirah Macwilson membuat kenyataan, ternyata Kamal Adli dilihat sebagai seorang lelaki yang kantoi melakukan sesuatu di belakang kekasih.

Emma semalam mengesahkan hubungan dengan Kamal Adli telah putus kerana ditipu aktir tersebut.


Zahirah Macwilson pula mengamuk kerana namanya dilibatkan oleh Kamal Adli dan dikatakan menjadi badut tentang masalah melanda Emma dan Kamal.

Semalam Emma akui ada berjumpa dan duduk berbincang dengan Kamal Adli, Zul Ariffin dan juga Zahirah Macwilson.

Dan untuk tidak menjadikan masalah itu lebih rumit, Emma Maembong mengambil pendekatan memutuskan hubungannya dengan Kamal sebagai jalan terbaik.

Kini setelah dua pelakon wanita membuka mulut mededahkan apa yang berlaku, wartawan cuba mendapatkan penjelasan dari pihak Kamal Adli pula.

Ternyata pelakon ini tertekan dan enggan melayan isu berkaitan hubungannya dengan Emma Maembong yang dikatakan sudah putus.

Malah, Kamal meluahkan rasa tidak faham tindakan pelakon gandingannya dalam drama Duda Pilihan Dara itu bertindak mengeruhkan lagi keadaan.

Bagaimanapun, Kamal berkata, orang ramai boleh menilai sendiri perkara berkenaan.

Ini penjelasan dari Kamal Adli melalui mStar:

"Entahlah saya sudah penat gila, saya malas nak komen dan layan perkara ini kerana ia akan jadi lebih buruk.

"Isu ini sepatutnya sudah selesai sebab kami semua sudah berjumpa minggu lalu,"

"Saya tidak tahu mengapa Zahirah bertindak demikian. Tapi biarlah, saya pun sudah penat biar orang ramai menilainya sendiri.

"Saya tidak perlu komen kerana perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja,"


Itulah penjelasan dari pihak Kamal Adli.

0 comments:

Post a Comment