Dira Abu Zahar Umum Tinggalkan Dunia Seni

Dira Abu Zahar Umum Tinggalkan Dunia Seni


Dira Abu Zahar membuat pengumuman yang mengejutkan ramai semalam. Pelakon dan pengarah ini mengambil keputusan untuk meninggalkan industri hiburan.

Ini bagi membolehkannya memberi tumpuan terhadap perkhidmatan kepada penggiat seni tempatan yang menjurus kepada nasihat perundangan.

Dira yang kini berumur 32 tahun akui mengambil tindakan drastik itu apabila melihat senario industri seni yang semakin tenat selain kebajikan penggiat seni sering diabaikan.

Ini komennya:

INDUSTRI HIBURAN SEDANG "SAKIT"

"Sudah tiba masanya saya tampil dan mempraktikkan bidang undang-undang yang dipelajari bagi membela nasib insan seni seperti saya. Oleh kerana saya sayangkan industri ini, maka saya mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu bagi mengubahnya. 

"Seseorang perlu menyuarakan pendapat melalui medium yang betul bagi mewujudkan undang-undang yang difahami oleh penggiat seni dan orang luar. Ramai yang melihat industri hiburan sebagai dunia popular namun hakikatnya ia 'sakit'. 

"Saya tidak mahu industri seni dipandang remah kerana kita turut sama menjana pendapatan kepada negara. Kebanyakan anak seni dihargai dan mendapat pembelaan hanya apabila sudah tiada. Kenapa perlu tunggu sehingga saat itu?,"

TELEFILEM TERAKHIR

"Saya masih terikat dengan telefilem Tribute P.Ramlee yang diterbitkan Suhan Productions. Jika mengikut perancangan, ini adalah karya terakhir saya dalam bidang seni. Namun saya akan kembali selesai menyelamatkan industri seni. 

"Keputusan ini diambil kerana saya sayangkan bidang seni. Jika kita sayangkan sesuatu pastinya kita tidak mahu melihat ia terus hanyut dan lalai, oleh itu saya perlu bangkit dan melakukan sesuatu sebelum industri seni tempatan terus tenat,"

Untuk pengetahuan, Dira mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Sumber: BH

0 comments:

Post a Comment