Tuesday, May 17, 2016

Respon Scha Al Yahya Apabila Wajah, Hidungnya Dihina

Respon Scha Al Yahya Apabila Wajah, Hidungnya Dihina


Baru-baru ini, agak kecoh apabila Scha diejek pengguna laman sosial yang mengatakan wajahnya seperti ‘bapuk’ dan hidung dihina.

Ini apabila gambar solekannya yang belum siap itu dimuat naik ke Instagram. Lihat kisah dan juga Gambar nya itu (DI SINI)

Suaminya, Awal Ashaari telah tampil membela Scha dengan membalas komen dari follower yang kurang ajar menghina isterinya di ruangan komen.


Setelah lama berdiam diri, ini komen Scha:

“Saya jenis diam dan tak kisah apa orang nak cakap. Mungkin disebabkan itu orang mudah mempermainkan dan memijak kepala saya. Memang sedar kewujudan komen berkenaan, tetapi malas nak bising.

“Namun, apabila suami membalas komen itu barulah ia jadi kecoh. Pada masa sama, jurusolek saya, Tiar Zainal pun bersuara. Bagi saya, tindakan mereka menegur sikap pengikut yang kurang ajar adalah wajar. Perkara sebegini jika dibiarkan pasti berterusan,” 


Apapun janganlah menghina fizikal orang lain, tak baik.

0 comments:

Post a Comment